Kerajaan China bertegas akan menyelesaikan isu ekstremisme di Xinjiang mengikut caranya tersendiri.
Mempertahankan tindakan mewujudkan pusat latihan vokasional di wilayah itu, Timbalan Menteri Jabatan Publisiti Pusat (Peringkat Kementerian), Jiang Jianguo berkata, usaha itu berjaya memerangi keganasan, menamatkan penyebaran fahaman ekstremisme dan memastikan kestabilan sosial di Xinjiang.
"Membangunkan kem ini juga mengelak dari berlaku pemisahan dalam kalangan golongan minoriti termasuk etnik Muslim wilayah itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan delegasi media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, ASEAN Elite China Tour 2019, anjuran kedutaan negara itu di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Biro Hal Ehwal Hak Asasi Manusia Jabatan Publisiti Pusat, Zuo Feng.
Jianguo berkata, usaha kerajaan serantau itu tidak berkecuali bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk.
Membidas desakan Turki supaya China menutup pusat latihan vokasional yang didakwa sebagai kem tahanan beliau berkata, Turki percaya mereka mempunyai hubungan dengan Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur atau penduduk di sana, tetapi sebaliknya.
"Saya rasa ia pemahaman terpesong negara yang hilang status sebagai negara besar. Negara yang menuduh China itu sendiri multietnik dan berdepan masalah pengganas dan ekstremisme," katanya.
Beliau berkata, tindakan Turki dan keputusan membuka atau menutup pusat latihan vokasional bukan di tangan negara itu.
Katanya, Kerajaan China akan membuat keputusan tepat, sama ada meneruskan atau menutup pusat itu berdasarkan situasi semasa.
Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata, pusat latihan vokasional dan sekolah kemahiran dibuka di Xinjiang bagi membendung dan menangani penularan fahaman ekstremis.
"Saya tiada bilangan tepat berapa pusat dan sekolah yang ada namun ia dibuka secara berperingkat mengikut keperluan serta akan ditutup selepas tamat latihan.
"Semua program latihan ini tiada kaitan dengan kumpulan etnik, kepercayaan agama dan bukan melibatkan masyarakat Muslim sahaja," katanya.
Sebaliknya beliau menjelaskan, program ini hanya melibatkan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas tetapi masih di peringkat awal.
"Selain itu, pelatihnya juga terdiri daripada mereka yang dipaksa melibatkan diri dalam aktiviti pengganas tetapi sudah insaf dan memilih untuk menyertai program ini.
"Kategori ketiga adalah mereka yang dipenjarakan kerana terlibat dalam aktiviti pengganas, tetapi sudah dibebaskan namun masih ada kecenderungan untuk terjebak semula," katanya.
Jianguo berkata, pelatih diterapkan penggunaan bahasa Mandarin dalam percakapan dan penulisan.
Katanya, ia bagi menyelesaikan masalah komunikasi dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
Selain itu katanya, penekanan mengenai undang-undang Kerajaan China membolehkan mereka membezakan baik dan buruk setiap tindakan.
Menurutnya, kemahiran vokasional pula memastikan pelatih dapat menguasai dua atau tiga kemahiran demi masa depan mereka.
Menjelaskan tujuan pusat itu dibuka, beliau berkata, kerajaan mahu memberikan gambaran jelas tentang kesilapan keganasan dan pelampau agama dalam kalangan pelatih.
Katanya, kerajaan juga ingin membantu penduduk di Xinjiang mendapat pekerjaan dan keluar dari kemiskinan.
"Program yang dilaksanakan membantu pelatih kembali kepada kehidupan normal.
"Matlamat ini berjaya dicapai dan ada yang memperoleh pekerjaan serta kembali kepada keluarga dan masyarakat," katanya.
Situasi di Xinjiang kini kembali normal berbanding dua tahun lalu yang tidak selamat dikunjungi.
"Sudah 25 bulan tiada aktiviti atau kes pengganas dan keselamatan sosial ditingkatkan serta masalah jenayah dan sosial juga menurun.
"Perpaduan antara etnik semakin baik dan jumlah pelancong asing juga meningkat. Pembangunan ekonomi pula memberansangkan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dalam menangani isu di Xinjiang.
Dalam pada itu, mengulas mengenai laporan negatif media barat mengenai Xinjiang, beliau berkata, kebanyakkannya bukan berdasarkan interaksi dengan kerajaan China atau penduduk sendiri.
Katanya, fakta ditokok tambah dan gambaran salah diberikan serta menyimpang dari keadaan sebenar.
"China adalah negara multietnik dengan 56 kumpulan etnik tinggal dalam satu negara.
"Terdapat banyak agama dianuti dan semua agama utama di dunia wujud di negara ini sejak dahulu lagi.
"Kerajaan juga mempunyai polisi khusus untuk kumpulan etnik minoriti dan institusi yang solid bagi pembangunan seimbang serta sama rata," katanya.
Malah katanya, berdasarkan analisis organisasi antarabangsa, China merupakan negara paling stabil dan selamat di dunia.
Menafikan wujud sekatan beragama, beliau berkata, rakyat bebas menganuti agama yang dipilih.
Katanya, China dikelilingi beberapa negara Islam, justeru terdapat polisi jangka panjang berhubung negara Islam dan populasi penduduk Muslim yang digubal berdasarkan respons positif parti berkaitan.
Jianguo berkata, di daerah yang tertumpu populasi Muslim misalnya di Xinjiang, isu perpaduan antara kumpulan etnik dan agama berbeza sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak.
Sinar Harian
Thu Feb 21 2019

Jianguo (duduk, empat kiri) menerima kunjungan delegasi media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, ASEAN Elite China Tour 2019, 20 Feb, 2019. Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah
Minatnya semakin menebal apabila bapanya Mohd Farulnizam Mohd Fisah dan ibu serta seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya.

Menang artis paling berpotensi di Asia Music Awards, Masya Masyitah orak langkah di China
Masya yang fasih berbahasa Mandarin juga bakal muncul dengan single duet bersama penyanyi Jeryl Lee berjudul Zuo Jian (Sahabat Sejati).

Kuota matrikulasi: Kritikan membina diperlukan, bukan 'tembak menembak' - Syed Saddiq
Isu berhubung kuota matrikulasi misalnya sudah diputuskan Kabinet dan perkara berkaitannya hanya boleh dibincangkan dalam Kabinet.

Selesai isu ekstremisme di Xinjiang 'cara China'
Usaha mewujudkan pusat latihan vokasional itu berjaya memerangi keganasan, menamatkan penyebaran fahaman ekstremisme dan memastikan kestabilan sosial di Xinjiang.

Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK
Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.

Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris
Kementerian Pendidikan merancang untuk perkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil ke sekolah kebangsaan.