SYDNEY: Ancaman spesies labah-labah paling berbisa di dunia kini menghantui penduduk di Sydney selepas kawasan mereka sebelum ini dilanda hujan lebat dan banjir.
Media tempatan yang memetik amaran Australian Reptile Park (Taman Reptilia Australia) pada Rabu, berkata arachnid yang boleh membawa maut itu kini dikhuatiri menjadikan kediaman manusia sebagai 'tempat tinggal' baharu selepas habitatnya ditenggelami air.
Cuaca buruk yang membawa hujan lebat kebelakangan ini telah mengakibatkan banjir di negeri New South Wales, dengan beberapa bahagian pinggir kota di timur laut Sydney masih digenangi air bah.
Penduduk kawasan terjejas yang baru saja menarik sedikit nafas lega kerana menerima pancaran matahari pada Rabu, digemparkan pula dengan 'amaran terkini' berkenaan kehadiran labah-labah funnel-web, yang merupakan spesies endemik di Sydney.
"Kedatangan cuaca yang lebih hangat dan berkelembapan tinggi merupakan pilihan sempurna untuk labah-labah ini berhijrah dalam jumlah yang banyak.
"Dengan keadaan banjir teruk yang melanda kawasan Greater Sydney, labah-labah itu terpaksa meninggalkan habitat asalnya untuk mencari tempat perlindungan di tempat yang lebih kering.
"Malang sekali, ini bermakna labah-labah itu sedang mencari tempat baharu untuk tinggal, iaitu di rumah-rumah penduduk setempat," kata pengarah taman itu, Tim Faulkner dalam satu kenyataan.
Gambar ribuan labah-labah yang muncul dari kawasan yang dilanda banjir dan memanjat pagar kediaman penduduk sudah mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, sekali gus menggemparkan golongan yang fobia pada haiwan itu.
Labah-labah funnel-web memang sangat ditakuti kerana memiliki bisa yang amat toksik dan mampu bertindak pantas, dengan 13 orang pernah direkodkan maut hanya kerana gigitannya.
Bagaimanapun, dipercayai tiada mangsa yang terkorban sejak satu program antibisa diperkenalkan pada awal 1980-an.
Australian Reptile Park, yang membekalkan dos antibisa, menggalakkan mereka yang 'yakin selamat untuk menangkap' labah-labah itu, supaya menghantar haiwan itu ke pusat pengumpulannya.
Agensi
Thu Mar 25 2021
Labah-labah 'funnel-web' yang terjejas banjir dikhuatiri menjadikan kediaman manusia sebagai tempat berlindung, sekali gus membawa risiko. - Australian Reptile Park
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Labah-labah bersarang dalam telinga
Doktor memberitahu gegendang telinga tidak mengalami luka atau kecederaan sepanjang labah-labah 'sesat' memasuki telinga kirinya itu.
Saintis jumpa spesies baharu labah-labah, cicak di Perlis
Penemuan spesies berkenaan mampu menarik peminat hidupan liar datang ke negeri ini sekali gus sebagai tarikan ekopelancongan.
Sekolah jadi tempat pembiakan labah-labah, terpaksa ditutup
Sebuah sekolah terpaksa ditutup di Northampton kerana ia menjadi tempat pembiakan labah-labah pada Rabu.
Bekas penyewa tinggalkan 19 labah-labah, ular sawa dalam pangsapuri
Kesemua haiwan itu ditemui oleh tuan punya unit apartment tersebut ketika dia membuat pemeriksaan pada Rabu lalu.
Selepas banjir, ancaman labah-labah paling berbisa resahkan warga Sydney
Pihak berkuasa tempatan mengingatkan tentang kehadiran labah-labah itu yang dibimbangi menjadikan kediaman manusia sebagai tempat berlindung.
Pemandu rempuh tiang gara-gara panik lihat labah-labah
Difahamkan pemandu itu cuba membuang serangga berkenaan keluar dari kereta tetapi sebaliknya dia hilang kawalan.
Fenomena labah-labah di udara buat penduduk di Brazil bingung
Ratusan labah-labah kelihatan di udara di Minas Gerias di Brazil baru-baru ini.
Kenapa kamu tak mati?
Seorang lelaki yang mempunyai ketakutan melampau terhadap labah-labah telah mencetuskan panggilan kecemasan pada Tahun Baharu.
Ibu trauma melihat kulit anak mengelupas, beransur-ansur 'dimamah'
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Essex, England terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan selepas didapati kulitnya mula dimamah.
Labah-labah paling tua di dunia akhirnya mati
Labah-labah tertua di dunia mati pada usia 43 tahun selepas ia telah dipantau selama beberapa tahun ketika kajian populasi jangka panjang di Australia.