Pengikut-pengikut mazhab tarikat naqsabandiyah di Padang, Sumatra barat, menyambut Aidilfitri pada Selasa, dua hari sebelum ia disambut di seluruh Indonesia.

Pengikutnya menyambut 1 Syawal 1434 Hijrah malam Isnin dengan solat di surau Baitul Makmur yang terletak di daerah Pauh, Padang.

Mazhab yang mempunyai 5,000 pengikut di Padang dan daerah Solok dan Solok Selatan, menunaikan solat Aidilfitri pada Selasa pagi.

Setiausaha surau Baitul Makmur berkata mazhab berkenaan menetapkan 6 Ogos sebagi tarikh Aidilfitri kerana mereka mula berpuasa pada 7 Julai.

Padang mempunyai 70 masjid dan surau khas untuk pengikut mazhab ini namun banyak aktiviti dilakukan di surau Baitul Makmur.