Bekas bintang bola keranjang Chicago Bulls, Scottie Pippen memfailkan saman ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kerana menconteng dinding rumah agamnya di Florida menggunakan pen penanda dan krayon.
Pippen, 53 tahun, meletakkan nama kanak-kanak berkenaan bersama dengan ibu bapanya, Lindsay Glazer dan Jacob Wolloshin dan meminta tuntutan ganti rugi sebanyak AS$100,000 (RM419,000).
The Chicago Tribune turut melaporkan tuntutan berkenaan sekali gus menunjukkan pasangan itu gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam mendidik anak mereka sehingga merosakkan rumah agam yang bernilai hampir AS$10 juta (RM42 juta).
Selain itu, pasangan terbabit turut gagal menjaga rumah agam yang disewa pada Oktober 2017 sehingga Mei 2018 selepas kediaman asal mereka musnah akibat Taufan Irma.
Di sebalik contengan di dinding, haiwan peliharaan mereka juga dibiarkan membuang najis di merata tempat, merosakkan perabot, mencuri perkakas dapur termasuk gagal membayar sewa dan bil utiliti.
Terdahulu, pasangan terbabit bersetuju menyewa rumah agam yang menempatkan enam bilik tidur, sembilan bilik mandi dan dok peribadi dengan bayaran bulanan sekitar AS$30,000 (RM126,000).
Pippen sebelum ini beraksi untuk Chicago Bulls dari 1987 sehingga 1998.
Agensi
Sun Jun 02 2019
Bekas bintang bola keranjang, Scottie Pippen fail saman ke atas kanak-kanak lima tahun selepas conteng dinding rumah agamnya miliknya menggunakan krayon.
Tanah runtuh di Kapit: Penduduk dminta patuh arahan pihak berkuasa
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menasihatkan penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh supaya mengambil kira aspek keselamatan diri sendiri dan keluarga dengan mengikut arahan daripada pihak berkuasa.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.
Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat petang ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,779 orang setakat 4 petang, berbanding 3,449 orang pagi tadi.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Fokus Minggu Depan: Banjir Johor | Apa perkembangan setakat ini?
Wakil Astro AWANI Johor beri perkembangan terkini mengenai situasi banjir di negeri itu.
Fokus Minggu Depan: PM ke UAE | Apa perincian lawatan Perdana Menteri?
Irfan Faruqi, wartawan Astro AWANI memberi perkembangan menjelang lawatan PM ke Abu Dhabi.
Penduduk selatan Lubnan hadir pengebumian Hassan Ghassan Hijazi
Penduduk di Tayr Debba, selatan Lubnan menghadiri pengebumian anggota Hezbollah, Hassan Ghassan Hijazi,pada Sabtu.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lima orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan udara di bandar Tayr Debba pada Jumaat lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lima orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan udara di bandar Tayr Debba pada Jumaat lalu.
Serangan sinagog cetus kebimbangan anti-semitisme
Premier New South Wales, Australia, Chris Minns, menyatakan pada Ahad bahawa serangan ke atas sebuah sinagog di Sydney pada Sabtu menunjukkan peningkatan jenayah anti-Semitik di negeri itu.
Polis mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai cubaan membakar.
Polis mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai cubaan membakar.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.