Pemimpin pembangkang Syria memaklumkan bahawa kemajuan ke arah menjalin kumpulan kepimpinan menyeluruh telah berjaya ditingkatkan seperti yang dimahu oleh sekutu antarabangsa. mereka

Riad Seif, perangka kertas cadangan itu berkata, blok pembangkang utama, Majlis Kebangsaan Syria, menangguhkan keputusan sehingga selepas pusingan akhir pilihan raya dalaman pada hari Jumaat.

Seif mengatakan beberapa ahli SNC hadir semasa perbincangan sehari yang diadakan pada hari Khamis menandakan mereka menerima idea penubuhan kumpulan kepimpinan baru yang meliputi 60 anggota.

Kumpulan kepimpinan ini ditubuhkan untuk berkhidmat sebagai saluran sokongan negara asing bagi kumpulan yang cuba menggulingkan pemerintahan Presiden Bashar Assad.

Sementara itu, Presiden Bashar al-Assad berkata beliau akan "hidup dan mati" di Syria serta memberi amaran kepada pihak Barat yang ingin menjatuhkan beliau sebarang cubaan akan memberi kesan bencana bagi negara-negara di rantau itu.

"Saya bukan boneka. Saya bukan dicipta oleh orang Barat untuk berhijrah ke Barat atau negara-negara lain," katanya kepada televisyen Russia Today dalam satu temu bual yang disiarkan pada hari Jumaat.

"Saya adalah orang Syria; saya dilahirkan di Syria. Saya akan hidup dan mati di Syria."

Pemimpin Syria itu telah mengekang pemberontakan selama 19 bulan yang cuba menentang pemerintahan beliau. Beliau dikatakan telah menolak idea yang diberikan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron pada hari Selasa lalu iaitu perang saudara di Syria akan berakhir jika Assad keluar dari negara tersebut.

Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya mahu Assad dikeluarkan, tetapi menyekat bekalan senjata serta zon larangan terbang di Syria. Walaubagaimanapun, Rusia tetap menyebelahi Assad.

Assad berkata pihak Barat berkemungkinan tidak akan mengambil risiko campur tangan di Syria, dimana konflik ini telah membunuh kira-kira 38000 orang.

"Saya rasa, jika pencerobohan ini berlaku, ia akan mengakibatkan kesan yang lebih besar kepada seluruh dunia,” kata Assad.

"Saya tidak fikir pihak Barat akan memilih jalan ini, tetapi jika mereka berbuat demikian, tiada siapa yang boleh meramal apa yang akan terjadi nanti."

Menurut Balai Cerap Syria bagi kumpulan Hak Asasi Manusia, lebih daripada 90 orang terbunuh dalam pergaduhan yang berlaku semalam di seluruh Syria.