Satu positif jangkitan di California, AS catat kes koronavirus ketiga

Agensi
Januari 26, 2020 10:35 MYT
Pesakit itu merupakan pelancong dari Wuhan, China dan setakat ini tiada bukti berlaku jangkitan antara manusia ke manusia di Orange County.
Seorang individu di Orange County, California disahkan positif novel koronavirus (2019-nCov), menjadikannya kes ketiga dikesan di Amwrika Syarikat (AS), lapor The New York Times.
Agensi penjagaan kesihatan Orange County, yang menerima pengesahan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, memberitahu bahawa individu itu telah dihantar ke sebuah hospital tempatan dan dalam ‘keadaan stabil’.
Pesakit itu merupakan pelancong dari Wuhan, China dan setakat ini tiada bukti berlaku jangkitan antara manusia ke manusia di Orange County.
“Risiko jangkitan tempatan setakat ini masih tahap rendah,” ujar agensi itu dalam satu kenyataan.
Kes itu merupakan yang kes jangkitan ketiga yang disahkan di AS. Sebelum ini, seorang wanita berusia 60-an di Chicago, dan seorang lelaki dalam usia 30-an di Washington sudah dijangkiti.
BACA: Wanita Chicago kes kedua positif koronavirus di Amerika Syarikat
#Amerika Syarikat #China #jangkitan #kes ketiga AS #koronavirus #Orange County #penyakit #Wuhan