PRAGUE: Krisis di Ukraine boleh mengakibatkan lebih satu daripada lima orang, atau sekitar 1.7 bilion populasi dunia berdepan kemiskinan dan kelaparan, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.
"Kita melihat tragedi itu berlaku di Ukraine. Tetapi tanpa disedari, krisis itu turut mendatangkan kesan buruk terhadap negara membangun.
"Krisis itu boleh menjerumus sehingga 1.7 bilion orang, atau lebih satu perlima umat manusia ke dalam kancah kemiskinan dan kelaparan yang berterusan," lapor Sputnik memetik Guterres sebagai berkata dalam temu bual dengan Czech Seznam Zpravy, pada Ahad.
Ukraine dan Rusia menyumbang 30 peratus pengeluaran gandum dan barli dunia, membekalkan satu perlima keluaran jagung dan lebih separuh pembekalan minyak bunga matahari.
Kedua-dua negara itu turut menyumbang lebih satu pertiga import gandum kepada 45 negara membangun.
Beliau berkata krisis Ukraine menyekat eksport bijirin dan mengganggu rantaian bekalan, menyebabkan harga melambung tinggi.
Sejak awal 2022, harga gandum dan jagung telah meningkat sebanyak 30 peratus, harga minyak mentah Brent telah meningkat lebih 60 peratus, manakala harga gas dan baja meningkat lebih dua kali ganda.
Guterres menggesa ke arah pembaharuan global yang mengubah sistem kewangan dunia sebelum ini "yang menjadikan yang kaya lebih kaya, dan yang miskin lebih miskin".
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva berkata pada Khamis konflik Ukraine menurunkan unjuran 143 ekonomi tahun ini, yang secara kolektif membentuk 86 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.
Ketua-ketua IMF, Bank Dunia, Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengeluarkan kenyataan bersama pada Rabu menggesa tindakan segera dan teratur bagi menangani keselamatan makanan di tengah-tengah krisis Ukraine, di samping ancaman wabak COVID-19 yang masih berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Foto AP menunjukkan kemusnahan di salah satu bangunan di Kharkiv, Ukraine, 17 Apr 2022. Ketua-ketua IMF, Bank Dunia, WFP dan WTO pada Rabu menggesa tindakan segera dan teratur bagi menangani keselamatan makanan di tengah-tengah krisis Ukraine.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.