LONDON: Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) pada Rabu menjangkakan satelit European Remote Sensing ERS-2 akan terhempas ke bumi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya.
Kedua-dua satelit ERS berkenaan merupakan satelit pemerhati bumi paling canggih yang pernah dibangunkan pada ketika itu.
Pada 2011, ESA menghentikan operasi ERS-2 dan memulakan proses penyahorbitan.
Selepas 13 tahun, satelit secara semula jadi akan memasuki semula atmosfera bumi dan pecah menjadi kepingan.
Kebanyakan komponen ERS-2 akan terbakar ketika proses ini, namun ESA masih memantau pendaratannya yang diramal berlaku di pantai timur Afrika tengah.
Mana-mana bahagian yang masih tersisa akan bertaburan atas tanah manakala risiko berkaitan dianggap sangat rendah.
Menurut data yang diperoleh pada 20 Feb, Pejabat Serpihan Angkasa ESA meramalkan kemasukan semula satelit ERS-2 akan terjadi sekitar 1532 GMT.
Pejabat Serpihan Angkasa ESA memberi amaran bahawa ramalan mereka mungkin tersasar kira-kira empat jam setengah sebelum atau selepas waktu itu.
Sepanjang tempoh 16 tahun, ERS-2 mengubah perspektif manusia mengenai bumi dan memberi pemahaman tentang perubahan iklim.
Satelit itu mengumpul data mengenai ais di kutub yang semakin berkurangan, perubahan permukaan tanah, peningkatan paras laut, pemanasan lautan dan kimia atmosfera.
Di samping itu, ERS-2 turut digunakan untuk memantau bencana alam seperti banjir dan gempa bumi di bahagian terpencil dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya. -Gambar fail/ESA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Satelit ERS-2 bakal jatuh ke bumi selepas hampir 30 tahun di angkasa
ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya.