India memasuki tahun baharu 2013 dalam suasana suram, dengan diselubungi bantahan berterusan dan nyalaan lilin sebagai tanda berkabung tatkala negara itu meratapi kematian tragis pelajar mangsa rogol yang disemadikan pada Ahad.
Hotel dan kelab juga hanya mengadakan majlis sambutan secara kecil-kecilan atau membatalkannya sebagai menghormati kematian pelajar fisioterapi berumur 23 tahun itu yang menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu selepas bertarung nyawa selama dua minggu ekoran kecederaan parah beberapa organnya.
Kebanyakan tempat yang biasanya menjadi tumpuan sambutan di ibu negara ini seperti Connaught Place, hanya menyaksikan kehadiran sejumlah kecil orang manakala India Gate masih menjadi kawasan larangan.
"Kami menyambut kedatangan Tahun Baharu dalam suasana suram, tatkala negara berkabung dengan kematian tragik seorang gadis yang berani, yang menjadi mangsa jenayah kejam," kata Presiden India, Pranab Mukherjee, dalam perutusan Tahun Baru beliau.
Beliau menggesa supaya dipertingkatkan tahap keselamatan dan kebajikan wanita di India.
Mari kita gunakan saat ini untuk mencari jalan yang akan dapat mengubah cara berfikir yang menjadi punca kepada kejadian seumpama itu untuk membolehkan kita menjamin maruah dan hak samarata untuk wanita di negara kita," katanya.
Para penunjuk perasaan, sama ada mengadakan mogok lapar, terus berhimpun di Jantar Mantar, satu lagi kawasan di pusat bandaraya ini, dan menyalakan lilin sebagai tanda berkabung.
Mereka menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang lebih berat terhadap jenayah rogol dan keganasan terhadap wanita.
Situasi serupa juga dilaporkan di bahagian-bahagian lain di negara ini.
Statistik menunjukkan daripada 256,329 jenayah keganasan yang direkodkan tahun lepas, 228,650 kes berkaitan keganasan terhadap wanita.
Delhi merekodkan jumlah terbanyak kes rogol. Setakat ini, 661 kes rogol dilaporkan di Delhi, meningkat 17 peratus daripada tahun lepas.
Bernama
Tue Jan 01 2013
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Sambutan tahun baru di India suram
India memasuki tahun baharu 2013 dalam suasana suram, dengan diselubungi bantahan berterusan dan nyalaan lilin sebagai tanda berkabung tatkala negara itu meratapi kematian tragis pelajar mangsa rogol