Sesiapa sahaja yang lalu di jalan raya di Thailand dalam tempoh tiga hari lepas pasti kuyup, manakala isu politik pula dilupakan untuk sementara waktu.
Walaupun dilanda masalah politik dan pertumbuhan lembab ekonomi, termasuk pesawah yang masih belum menerima bayaran berjumlah berbilion baht sejak beberapa bulan lepas, semua itu tidak menghalang rakyat negara ini dan pelancong menyambut pesta air atau Songkran dari 12 hingga 15 April.
Keadaan di Bangkok sunyi daripada biasa kerana kebanyakan penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti panjang Tahun Baharu Thai. Bagaimanapun, ibu negara Thailand ini tetap meriah dengan kehadiran ramai pelancong.
Kebanyakan pelancong yang berjalan di bandar raya metropolitan ini, terutama di kawasan tumpuan seperti Nan dan Asok, membawa senapang air.
Boleh dikatakan setiap orang yang berada di jalan raya Bangkok basah kuyup.
Kebanyakan anak muda yang bekerja di ibu kota Thailand ini mengambil kesempatan cuti panjang berkenaan pulang ke kampung masing-masing dan menyerahkan wang derma yang dikumpul daripada rakan mereka kepada kuil di tempat masing-masing.
Songkran bukan sahaja cuti tahun baharu bagi rakyat Thailand, tetapi juga 'Hari Keluarga' (14 April) untuk mereka menghabiskan masa bersama-sama sambil melakukan kerja kebajikan.
Sebagai contoh, di Kuil Srathong di kampung Nongsaeng, wilayah kecil Srisomdet, Somdet di utara Thailand, satu acara keagamaan diadakan yang menyaksikan penduduk kampung memberi penghormatan kepada golongan lebih berusia daripada mereka.
Begitu juga keadaan di kebanyakan kampung lain. Namun, di sebalik segala kemeriahan yang mereka nikmati itu, golongan petani di luar bandar tetap berasa bimbang tentang masa depan mereka.
"Saya sungguh gembira hari ini kerana ia Tahun Baharu Thai. Seronok rasanya melihat anggota keluarga kami berkumpul bersama-sama kerana mereka jarang bertemu kalau bukan kerana Songkran.
"Tapi pada waktu yang sama saya juga sedih sebab suami saya tidak dapat bersama kami kerana dia perlu bekerja mencari nafkah untuk keluarga kami," kata Prapan Paimee, pesawah berusia 45 tahun di Somdet.
"Kami tentu ada wang untuk menyambut Songkran jika kerajaan tidak melengah-lengahkan bayaran padi yang kami jual kepadanya," kata Prapan Paimee, pesawah berusia 45 tahun di Somdet sambil mengadu kerajaan masih berhutang kira-kira 65,000 baht (kira-kira RM6,500) dengannya.
Prapan berkata beberapa penduduk lain di kampung itu menghadapi masalah serupa dan keadaan bertambah parah kerana sekolah akan dibuka semula bulan depan.
"Saya tak pinjam duit daripada jiran atau saudara mara kerana mereka juga tidak ada wang," katanya sebelum menuju ke kuil di kampungnya untuk bersembahyang.
SSementara itu sambutan Pesta Songkran sempena Tahun Baru Thai turut diadakan di beberapa tempat di negara ini. Antaranya di Kuil Chewtawan, Petaling Jaya.
Klik untuk lihat galeri foto.
Bernama
Wed Apr 16 2014

Foto AP

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.