Trump bersedia untuk penggal kedua yang bersejarah sebagai presiden AS selepas menewaskan calon Demokrat Kamala Harris dalam pemilihan ke Rumah Putih.
Jurucakap Kempen Trump, Steven Cheung berkata Biden menghubungi Trump untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya dan menyampaikan jemputan ke Rumah Putih bagi memastikan peralihan kuasa yang lancar antara pentadbiran.
"Presiden (terpilih) Trump menantikan pertemuan itu yang akan diadakan dalam masa terdekat, dan sangat menghargai panggilan berkenaan," tambahnya.
Trump tewas dalam pilihan raya presiden 2020 kepada Biden. Sehingga hari ini, beliau enggan mengakui kekalahan itu. Trump akhirnya memecahkan tradisi apabila tidak hadir dalam upacara angkat sumpah Biden.
-- BERNAMA