Kerajaan Venezuela enggan memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai angka korban sebenar rusuhan di Penjara Uribana, selatan negara itu.

Biarpun angka korban sudah mencecah 61 orang dan berkemungkinan lebih tinggi daripada yang dilaporkan, keengganan Caracas untuk memberikan butiran terperinci mengenai insiden itu mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan penduduk tempatan.

Seorang penduduk, Josefina Ramirez yang kecewa dengan sikap membisu kerajaan mendesak Presiden Hugo chavez memberikan jawapan kepada insiden terbabit.

Ramirez mahukan penjelasan mengenai nasib suaminya yang meringkuk di penjara.

Bagi Veronica Chavez pula, beliau mendakwa mayat-mayat banduan dihumban di dalam penjara manakala ini merupakan rusuhan keempat dalam tempoh 18 bulan.

Kalangan pengkritik mendakwa, penjara di Venezuela dikuasai oleh kumpulan samseng yang mempunyai akses kepada senjata api.

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berjanji bahawa satu siasatan penuh akan dilakukan terhadap insiden tersebut.