PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin pada hari Sabtu berkata, inisiatif dari Afrika boleh menjadi asas bagi menjalin perdamaian di Ukraine, namun, serangan oleh tentera negara itu membuat inisiatif itu sukar untuk diwujudkan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Afrika di St. Petersburg yang diadakan pada hari Jumaat dan mendengar gesaan agar Moscow meneruskan rancangan mereka.
"Terdapat beberapa peruntukan dalam inisiatif perdamaian ini yang sedang dilaksanakan.
"Tetapi ada juga beberapa perkara yang sukar atau mustahil untuk dilaksanakan," kata Putin.
Pada Jun lalu, Reuters melaporkan, Afrika sebagai negara perantara dalam konflik ini dapat memulakan inisiatif ini dengan langkah-langkah membangunkan kepercayaan diikuti oleh perjanjian mengakhiri permusuhan yang disertai dengan perundingan antara Rusia dan Barat.
Putin menggariskan, salah satu daripada butiran dalam inisiatif tersebut ialah gencatan senjata.
"Bagaimanapun, tentera Ukraine berada dalam kedudukan menyerang, mereka menyerang, mereka melaksanakan operasi strategik menyerang dalam skala besar... kami tidak dapat menghentikan tembakan apabila kami sedang diserang."
Mengenai soal memulakan rundingan perdamaian pula, Putin berkata: "Kami tidak menolak mereka ... untuk proses ini (rundingan damai) bermula, perlu ada persetujuan daripada kedua belah pihak.”
Dalam perkembangan sama, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menolak idea gencatan senjata yang sekali gus memperlihatkan Rusia berkuasa mengawal hampir satu perlima negaranya dan memberikan masa kepada pasukannya untuk berkumpul semula selepas 17 bulan peperangan yang melelahkan. - Agensi
Agensi
Sun Jul 30 2023
Vladimir Putin berkata, inisiatif dari Afrika boleh menjadi asas bagi menjalin perdamaian di Ukraine, namun, serangan oleh tentera negara itu membuat inisiatif itu sukar untuk diwujudkan. - Gambar fail AP
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.