Rusia akhirnya menyatakan pendiriannya berhubung isu Baitulmaqdis dengan menolak pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baltulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi.
Justeru Moscow mahu sebarang konflik berhubungnya diselesaikan mengikut norma undang-undang antarabangsa.
Perkara itu dijelaskan Presiden Rusia, Valdimir Putin sewaktu pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya di Mesir, Abdel Fattah El Sisi pada Isnin.
Menurut Putin, Moscow menyokong apa sahaja langkah di Baitulmaqdis selagi ianya hasil dari perbincangan kedua-dua belah pihak Palestin-Israel.
"Kami berpandangan bahawa apa sahaja langkah yang tidak mengutamakan hasil dialog antara Palestin dan Israel adalah tidak produktif.
"Kami fikir bahawa langkah sedemikian adalah langkah ke arah ketidakstabilan.
"Mereka tidak membantu kepada resolusi baharu sebaliknya akan menimbulkan konflik di rantau itu." jelasnya.
Mengulas lanjut Abdel Fattah berkata beliau dan Putin sepakat bersetuju sebarang langkah di Baitulmaqdis perlu melaluikerangka perundanan antarabangsa dan keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB.
"Dan perkembangan ini mempunyai kesan berbahaya pada masa depan keamanan dan keamanan di rantau ini.
"Saya mengesahkan kepada Putin bahawa kita mesti mengekalkan status undang-undang sebelum ini di Baitulmaqdis berdasarkan keputusan antarabangsa dan khususnya keputusan PBB.
"Dan saya menekankan bahawa kita perlu bekerjasama mencegah keadaan ini dari menjadi lebih rumit," jelasnya lagi.
Tambah Abdel Fattah langkah yang dibuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis akan melemahkan peluang perdamaian di rantau itu.
Pada pertemuan itu juga kedua-dua negara menandatangani perjanjian pembinaan stesen reaktor tenaga nuklear dengan perjanjian pinjaman dari Rusia berjumlah AS$25 bilion.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Dec 11 2017
Menurut Putin, Moscow menyokong apa sahaja langkah di Baitulmaqdis selagi ianya hasil dari perbincangan kedua-dua belah pihak Palestin-Israel. - Foto REUTERS/Alexander Zemlianichenko/Pool
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Erdogan, El Sisi desak gencatan senjata di Gaza
Pertemuan Erdogan dan El Sisi tertumpu kepada isu dan cabaran serantau khususnya usaha menamatkan perang di Gaza.
Rusia tidak iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Rusia akhirnya menyatakan pendiriannya berhubung isu Baitulmaqdis dan mahu ia dilakukan mengikut norma undang-undang antarabangsa.
Amerika Syarikat cuba pulih hubungan dengan Pakistan, Afghanistan
Pentadbiran Trump akan menetapkan beberapa syarat baharu bagi membolehkan kerjasama pertahanan dan keselamatan diperkukuh bagi mengekang kemaraan pengganas di rantau itu.
Pertempuran penyokong, penentang berterusan
Puluhan ribu penyokong yang berpihak kepada tentera Mesir berhimpun di Dataran Tahrir sepanjang Jumaat malam.