Negara kuasa besar nuklear, Rusia bakal menyalurkan kepakarannya jika Malaysia membuat keputusan untuk membangunkan program nuklearnya, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Alexei Ulyukayev.
Bercakap kepada Bernama, beliau memberi jaminan bahawa Rusia adalah satu-satunya negara, yang boleh menyediakan sokongan bagi pembangunan industri nuklear nasional berikutan industri nuklear negara itu yang maju.
"Kami akan mencadangkan pembangunan program nuklear tempatan yang sangat canggih dan rumit. Kami boleh bangunkan stesen janakuasa nuklear.
"Kami juga boleh mengelolakan latihan bagi kakitangan tempatan sebab kami yakin projek itu boleh diuruskan sendiri oleh rakyat Malaysia," katanya dalam temu bual baru-baru ini susulan penyertaan beliau dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan, bulan lepas.
Ulyukayev ditanya tentang bagaimana Rusia boleh membantu sekiranya Malaysia mahu membangunkan loji tenaga nuklearnya sendiri.
"Kami sangat berpengalaman, misalnya dalam stesen janakuasa dan tenaga nuklear. Di Asia, kami membangunkan prasarana kedua-dua sektor ini di beberapa negara selain menyampaikan sokongan tapak kepada mereka," katanya.
Rusia adalah sebuah daripada 10 rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Negara lain ialah Amerika Syarikat, China, Jepun, Australia, Kanada, India, Korea Selatan, Kesatuan Eropah dan New Zealand.
Negara itu yang sebelum ini dikenali sebagai Kesatuan Soviet muncul sebagai negara senjata nuklear kedua dunia selepas menguji senjata pertamanya di Semipalatinsk, Kazakhstan, pada 29 Ogos 1949.
Rusia adalah sebuah daripada lima negara senjata nuklear yang diiktiraf mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nukelar, status yang diwarisinya sebagai pengganti sah Kesatuan Soviet.
Negara senjata nuklear lain ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China.
Bernama
Thu Sep 24 2015
Rusia adalah satu-satunya negara, yang boleh menyediakan sokongan bagi pembangunan industri nuklear nasional berikutan industri nuklear negara itu yang maju. - Foto hiasan
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Fokus Minggu Depan: Asam garam pengorbanan, di sebalik kisah pelarian Myanmar
Fokus Minggu Depan memberi fokus kepada isu pelarian Myanmar di Malaysia menerusi klip pendek Asam Garam Pengorbanan menampilkan Ahmed (pelarian dari Myanmar dan Shahril Hamdan, pengasas bersama podcast Keluar Sekejap).
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
Rusia tawar kepakaran bangunkan program Nuklear Malaysia
Rusia, negara kuasa besar nuklear, akan menyalurkan kepakarannya jika Malaysia membuat keputusan untuk membangunkan program nuklearnya.