Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada ekspo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa.
Dron itu disamakan seperti burung hantu berbulu putih dengan sayap dan ekor yang khas dilengkapi dengan sinar laser untuk memandu artileri pasukan.
Dicipta dengan berat sekitar lima kilogram, pesawat yang diterbangkan dengan alat kawalan jauh itu mampu mengesan sasaran dalam jarak 10 meter.
Burung hantu tentera berwarna hijau keputihan itu juga mampu berada di udara selama 40 minit dengan liputan jarak sehingga 20 kilometer, lapor Daily Mirror.
Menurut laporan portal itu lagi, rekaan dron itu diambil daripada prototaip direka khas oleh penuntut Akademi Zhukovsky.
Selain dron burung hantu, tentera Rusia mendakwa akan mencipta drone lain berbentuk burung helang dan difahamkan mampu mengeluarkan suara yang sama seperti burung asli.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan bila dron itu bakal dilancarkan.
Agensi
Wed Jun 26 2019
Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada expo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa. - Gambar hiasan
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
Hari Demo Akhir ECX 2024 labuh tirai, inovator e-dagang teratas diumum
Program ECX 2024 berjaya membina platform untuk pemula dan PKS meraih akses pasaran, pendedahan jenama, dan minat pelabur, untuk bersaing dalam pasaran digital.
Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye perkukuhkan hubungan bilateral - TPM Fadillah
Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Malaysia wajar sedia pelan kontingensi hadapi dasar Trump 2.0 - Penganalisis
Ini penting bagi membolehkan Malaysia mampu tangani risiko daripada langkah perdagangan bersifat punitif dengan mempelbagai pasaran eksport.
Malaysia tekad jadikan Visi Komuniti ASEAN 2045 dokumen teras kerjasama serantau
ASEAN akan melancarkan visi dan pelan strategiknya yang menggariskan hala tuju strategik rantau itu bagi 20 tahun akan datang pada 2025.
Tuntutan berkaitan plat MADANI: 'Kalau nak saman, cubalah nasib' - Loke
Loke menegaskan kuasa untuk mendaftarkan sebarang nombor pendaftaran kenderaan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Spesies burung hantu bermata oren ditemui di Sabah selepas 125 tahun
Selepas 125 tahun, saintis berjaya mengesan subspesies Bornean Rajah Scops-Owl di kawasan hutan di Gunung Kinabalu.
Plump perlu diet, burung hantu merana tak dapat terbang akibat gemuk
Burung hantu itu ditemui di tepi jalan disyaki telah dilanggar oleh kenderaan.
MPOB setuju penggunaan burung hantu kawal tikus di ladang sawit
Hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya membuktikan penggunaan burung hantu sebagai amalan kawalan biologi terbaik.
Rusia cipta dron mirip burung hantu
Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada ekspo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa.