FLORIDA: Pasukan mencari dan menyelamat tragedi runtuhan Surfside di Florida menemui mayat Sophia López Moreira, adik wanita pertama Paraguay, Silvana López Moreira.
Menteri Luar, Euclides Acevedo mengesahkan berita itu pada Khamis petang, menurut akhbar utama Paraguay, ABC Color.
Turut ditemui ialah suaminya, Luis Pettengill, dan anak bongsu mereka.
"Pencarian dua lagi anak mereka sedang berjalan, " kata Acevedo kepada ABC.
"Saya mohon solidariti dan doa kerana mereka berhadapan masa yang sukar," tambahnya.
BACA: Kerja meroboh sisa blok kondominium runtuh dipercepat susulan amaran taufan
Pada 24 Jun lalu, sebahagian dari Champlain Towers South yang terletak di Surfside, Florida runtuh, menyebabkan 64 orang maut manakala 74 masih hilang.
Kompleks kediaman itu dilaporkan mempunyai banyak masalah yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu termasuk masalah konkrit dan asas yang lemah, yang diperincikan dalam laporan yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2018.
Agensi
Fri Jul 09 2021

Pada 24 Jun lalu, sebahagian dari Champlain Towers South yang terletak di Surfside, Florida runtuh, menyebabkan 64 orang maut manakala 74 masih hilang. - Reuters
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Runtuhan kondominium: Mayat adik ipar Presiden Paraguay ditemui
Menteri Luar, Euclides Acevedo mengesahkan berita itu pada Khamis petang, menurut akhbar utama Paraguay, ABC Color.