Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan terhadap tiga pelajar negara ini di Kaherah, Ahad lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sudah menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar terlibat.

Pelajar berkenaan juga dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan konflik atau menyertai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan politik semasa di Mesir.

Klik video untuk berita penuh.