MAKKAH: Delegasi haji Thailand berhasrat untuk mencontohi kejayaan Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan dana Islam, bagi menambah baik dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah negara itu.
Ketua Rombongan Haji Thailand, Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun berkata, pihaknya mahu mempelajari setiap aspek TH, yang mempunyai 60 tahun pengalaman dalam membantu rakyat Malaysia mengunjungi Tanah Suci Makkah dan Madinah.
"Saya mengakui Malaysia adalah suri teladan dari segi mendidik orang ramai dari kecil untuk menyimpan bagi tujuan keagamaan seperti haji.
"Ini adalah salah satu aspek yang kami fikir sangat menarik untuk kami fahami dan pelajari," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman di ibu pejabat TH Makkah Abraj Janadriyah.
Zakee berkata, badan pengurusan haji negaranya hanya berperanan membantu jemaah haji, namun tidak mempunyai kawalan ke atas aktiviti lain seperti perkhidmatan simpanan dan pelaburan.
Beliau berkata 11,300 jemaah haji Thailand akan menunaikan ibadah itu tahun ini, walaupun Thailand mempunyai kuota 13,000 jemaah daripada kerajaan Arab Saudi setiap tahun.
Muslim Thailand perlu membayar antara 220,000 hingga 280,000 baht (RM29,300 hingga RM37,200) untuk 40 ke 45 hari penginapan bagi melakukan haji tahun ini, tambahnya.
Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, TH turut berkongsi model digunakan institusi itu dalam mendepani kenaikan kos haji setiap tahun.
"Dengan kekuatan dana yang ada, kita buat pelaburan seterusnya beri balik pulangan kepada pendeposit supaya mereka dapat tingkatkan simpanan hingga satu tahap mereka dapat tunai haji.
"Dengan dana yang kukuh ini juga kita boleh uruskan tempahan hotel, penerbangan dari awal tanpa perlu tunggu wang simpanan jemaah haji. Kita juga boleh uruskan perjanjian jangka panjang untuk mengelakkan peningkatan kos," katanya.
Syed Saleh berkata, hubungan baik antara TH dan rombongan haji Thailand telah lama terjalin dengan perjumpaan diadakan setiap tahun bagi bertukar pandangan dan pengalaman dalam urusan haji kerana negara-negara Asia Tenggara berada di bawah muassasah yang sama. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun berkata, pihaknya mahu mempelajari setiap aspek TH, yang mempunyai 60 tahun pengalaman dalam membantu rakyat Malaysia mengunjungi Tanah Suci Makkah dan Madinah. - Gambar fail/Reuters/Ali Jarekji
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Bursa Malaysia kekal momentum peningkatan pada akhir dagangan
Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Hubungan dua hala baik dengan empat negara dikunjungi buahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata ini boleh dilihat menerusi persetujuan Mesir untuk meningkatkan jumlah import sawit dari Malaysia serta menjadi pelabuhan bagi eksport produk sawit ke negara-negara Afrika yang berjiran.