LONDON: Menteri Pertahanan Britain Ben Wallace umum untuk menarik diri dari menyertai rombakan kabinet yang dijadual berlangsung pada September ini.

Dalam satu temubual bersama Sunday Times yang disiarkan secara dalam talian, Wallace berkata, beliau tidak akan mengambil bahagian dalam pembentukan kabinet pada masa akan datang.

Wallace bagaimanapun tegaskan, beliau tidak berhasrat untuk meletak jawatan di Parlimen secara terlalu awal hingga mencetuskan pilihan raya kecil.

Setelah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan di bawah tiga Perdana Menteri berbeza, Wallace memainkan peranan penting dalam usaha United Kingdom (UK) menangani konflik di Ukraine.

Minggu lalu, Wallace mencetuskan kontroversi semasa sidang akhbar dengan mengatakan UK tidak berfungsi seperti perkhidmatan penghantaran "Amazon” yang membekalkan senjata ke Ukraine.

Selain itu, beliau mencadangkan agar Kiev mempertimbangkan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokongnya.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Rishi Sunak menyangkal kenyataan ini, menekankan bahawa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy telah mengucapkan terima kasih beberapa kali atas bantuan yang diberikan oleh UK.