TARIKH 15 April mencatat sejarah duka, khususnya dalam dunia pelayaran.

Pada tanggal sama 110 tahun yang lalu, kapal RMS Titanic dari Southampton, England ke New York, tenggelam dalam pelayaran sulungnya di lautan  Atlantik.

Seramai 1,517 penumpang dan anak kapal menjadi korban tragedi kapal seliaan White Star Line itu.

RMS Titanic, kapal persiapan mewah terbesar di dunia ketika itu, kekal dalam lipatan sejarah dunia.

Yang mana pada jam 11.40 malam, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu.


RMS Titanic | Tenggelamnya Titanic 110 tahun yang lalu