Arab Saudi digesa membuka laluan air dan udara yang dikuasainya di Yaman bagi memberi kebenaran kepada kemasukan bantuan kemanusiaan.
Ahli-ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York sepakat gesaan itu diambil peduli Riyadh demi kemanusiaan.
Dua perkara digariskan buat Riyadh iaitu membuka pintu pelabuhan di Hodeidah dan kebenaran mendarat di lapangan terbang Sanaa bagi kemasukan barangan bantuan kepada hampir 8 juta penduduk Yaman.
Selain itu Riyadh turut digesa menjamin keselamatan petugas kemanusiaan kerana berdasarkan keadaan semasa di Yaman.
Menurut Wakil Tetap Britain ke PBB, Jonathan Allen, Majlis keselamatan sangat menitikberatkan isu peningkatan pertempuran yang telah berlaku sejak hujung minggu lalu sehingga Selasa.
"Ia adalah situasi yang teruk bagi rakyat Yaman. Terdapat hampir lapan juta penduduk kini memerlukan bantuan kemanusiaan.
"Dan mesej kami sangat jelas, ini adalah yang kami lakukan secara umum dan secara peribadi, bahawa semua keperluan bantuan kemanusiaan perlu disalur segera kepada mereka yang memerlukan, terutamanya melalui pelabuhan Hodeidah dan Lapangan Terbang Sanaa," jelasnya selepas sesi mesyuarat Majlis Keselamatan di New York.
Menurut seorang pegawai bantuan kemanusiaan PBB, situasi semasa Yaman amat buruk dengan sekurang-kurangnya 25 serangan udara dilaporkan berlaku sepanjnag malam dalam tempoh seminggu.
Ia menyumbang kepada kesukaran yang dihadapi penduduk untuk mendapatkan keselamatan, rawatan perubatan, air dan keperluan hidup yang lain.
Sementara itu Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengatakan bahawa 234 orang telah terbunuh di Sanaa sepanjang Disember.
Ia termasuk insiden yang menyaksikan bekas presiden dan pemimpin kumpulan pemberontak Houthi, Ali Abdullah Saleh terbunuh semalam.
Insiden itu kini telah menimbulkan lebih ketegangan di bumi Yaman dengan yang terbaharu, anak kepada bekas presiden itu mahu membalas dendam ke atas kematian bapanya itu.
Astro Awani
Tue Dec 05 2017

Jet pejuang Arab Saudi mengebom kediaman presiden di Yaman sebagai tindak balas tindakan pejuang syiah Houthi membunuh bekas presiden, Ali Abdullah Salleh. - REUTERS
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Selatan India.
AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik 'membuli' bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Ribuan wanita berkumpul berhampiran Dataran Taksim Istanbul pada Sabtu bagi menyertai perhimpunan Hari Wanita, walaupun diharamkan oleh pihak berkuasa tempatan
Peniaga bazar diingatkan pamer tanda harga dengan jelas
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (kpdn) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan tahun lepas bahawa ada peniaga di Bazar Aidilfitri yang tidak meletakkan tanda harga dengan jelas sehingga mengelirukan pengguna.

Perancis, Jerman, Itali, Britain sokong pelan Arab untuk pembinaan semula Gaza
Keempat-empat negara Eropah itu menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan inisiatif Arab dan menghargai "isyarat penting" pembangunan pelan tersebut.
Zelenskyy gesa sekatan lebih tegas ke atas Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu memperbaharui gesaan untuk sekatan yang lebih tegas terhadap Rusia, menekankan keperluan untuk melindungi nyawa dan meningkatkan pertahanan udara sebagai tindak balas kepada serangan berterusan.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dibebaskan dari tahanan
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol, dibebaskan dari tahanan pada Sabtu, sehari selepas keputusan mahkamah membenarkannya dibicarakan tanpa penahanan fizikal berhubung percubaannya untuk mengisytiharkan pemerintahan tentera pada Disember lalu.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu malam.
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di Semporna
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol dalam satu kenyataan berkata bayi itu ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut dengan kain pada 1 tengah hari.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang
Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan berada berdekatan lokasi itu, serta memberi kerjasama dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Hanya 10 ahli keluarga hadir pengkebumian Ali Abdullah Saleh
Kumpulan pemberontak Houthi telah menjalankan mengebumikan mayat bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh di sebuah kawasan yang dirahsiakan di Sanaa.

Riyadh digesa buka laluan udara, air, salur bantuan kemanusiaan di Yaman
Ahli-ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York sepakat gesaan itu diambil peduli Riyadh demi kemanusiaan.

Bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh
Memetik sumber dalaman parti Kongres Rakyat pimpinan beliau, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan Saleh dibunuh peluru penembak.