Perkara itu disahkan oleh Sunak menerusi ciapan di akaun Twitter peribadinya pada Ahad.
Katanya, UK berdepan dengan krisis ekonomi ketika ini.
Justeru beliau mengambil pendirian untuk bertanding sebagai ketua Parti Konservatif sekali gus menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kongsinya lagi, beliau mahu menyelesaikan masalah ekonomi UK, menyatukan parti dan berkhidmat buat negara itu.
Terdahulu, Sunak tewas dengan Truss dalam pemilihan Parti Konservatif pada September lepas bagi menggantikan bekas Perdana Menteri Boris Johnson.