Menurut penggemar cuaca ekstrim, Eric Wang, kemusnahan akibat kejadian itu selaras dengan kadar EF-1.
Skala EF yang dikuatkuasakan pada 1 Feb, 2007 mengira kekuatan puting beliung berdasarkan kelajuan angin dan kemusnahan yang berkait dengan kejadian itu.
Wang berkata, puting beliung itu melanda pusat bandar Yantai serta menyebabkan kemusnahan pada kenderaan dan bangunan.
Puting beliung tersebut turut menyebabkan ribut hujan batu sebesar bola golf yang dilaporkan di beberapa bandar di negara itu.