MADRID:Anggota unit kecemasan tentera Sepanyol dikerahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madrid bagi membantu membersihkan litupan salji tebal setelah negara tersebut terjejas teruk akibat dilanda ribut Filomena.

Badai yang menyelimuti sebahagian besar negara itu sehingga kini telah mengorbankan empat individu.

Ribuan rakyatnya terperangkap dalam kenderaan dan stesen kereta api serta lapangan terbang yang menghentikan operasi susulan kejadian itu.

Agensi kaji cuaca kebangsaan Sepanyol melaporkan salji yang melanda mencapai paras hingga 50 cm atau ketebalan 20 inci.

Menurutnya, fenomena salji ini adalah yang terburuk pernah berlaku di negara itu sejak setengah abad lalu.

Kejadian itu turut menyebabkan kesemua penerbangan keluar masuk di Lapangan Terbang Barajas-Adolfo Suarez ditangguhkan sehingga cuaca reda.