HONG KONG: Restoran Terapung Jumbo, destinasi menjamu selera terbesar di dunia, karam di Laut China Selatan beberapa hari selepas ia ditunda dari pelabuhan Hong Kong setelah hampir setengah abad berlabuh di situ.
Restoran terapung tiga tingkat setinggi 260 kaki itu mempunyai rekaan unik seperti sebuah istana empayar China, berlabuh di pelabuhan Aberdeen Hong Kong selama 46 tahun sebelum ditunda minggu lalu, menurut United Press International (UPI).
Pemiliknya, yang menutup restoran itu semasa pandemik COVID-19 pada 2020 selepas menanggung kerugian terkumpul lebih US$13 juta, berkata mereka sangat sedih dengan insiden itu.
Menurut syarikat induk Jumbo King bot itu terbalik pada Sabtu selepas berdepan keadaan buruk berhampiran Kepulauan Parcel dan tenggelam lebih 3,000 kaki.
Kedalaman air di tempat kejadian melebihi 1,000 meter, menyukarkan kerja-kerja menyelamat, lapor UPI memetik kenyataan Aberdeen Restaurant Enterprises. Tiada anak kapal yang cedera.
Restoran Terapung Jumbo dibuka pada 1976 dan terkenal dengan hiasan tradisional Cina serta hidangan makanan laut istimewa yang menarik pelancong dari seluruh dunia.
Malah restoran itu turut dipaparkan dalam beberapa filem termasuk filem Jackie Chan 1985, The Protector, dan James Bond: The Man with the Golden Gun.
Restoran itu, yang hanya boleh diakses dengan feri kecil, juga pernah dikunjungi Ratu Elizabeth II, Jimmy Carter dan Tom Cruise.
Selepas ditutup pada 2020, beberapa pelabur menarik diri daripada usaha menyelamatkan struktur ikonik restoran itu kerana kos penyelenggaraannya yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Restoran itu, yang hanya boleh diakses dengan feri kecil, juga pernah dikunjungi Ratu Elizabeth II, Jimmy Carter dan Tom Cruise. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Restoran Terapung Jumbo Hong Kong karam di Laut China Selatan
Restoran Terapung Jumbo, destinasi menjamu selera terbesar di dunia, karam di Laut China Selatan beberapa hari selepas ia ditunda dari pelabuhan Hong Kong setelah hampir setengah abad berlabuh.