Popiah semut, ulat sutera dan burger dengan nama Bug Mac – itulah yang menjadi tarikan di sebuah restoran tapas serangga yang pertama di Kemboja.
Setiap kali memulakan operasi, ruang pelanggan Bugs Cafe di Siem Reap itu akan dipenuhi warga tempatan dan para pelancong asing yang ‘berani’ untuk mencuba.
Chef Seiha Soeun akan mula beraksi dengan kuali panas di dapurnya, memasak cengkerik, belalang, tarantula dan kala jengking.
Di restorannya itu, selera tradisi pinggir jalan Kemboja yang lazimnya disediakan cara gorengan, diangkat ke satu aras lebih tinggi menjadi hidangan tapas, lapor agensi berita AFP.
“Kami menawarkan menu yang berbeza,” kata Seiha yang berkali-kali bereksperimen dengan kombinasi serangga untuk menghasilkan rasa yang ‘betul’.
“Kami mahu membuktikan bahawa ada kaedah lain untuk menyediakan menu menggunakan serangga sebagai bahannya,” ujar pengasas bersama berbangsa Perancis, Davy Blouzard.
Antara yang menarik perhatian pelanggan adalah krim kentang manis dengan larva lebah dan ulat sutera yang digandingkan dengan mangga, selain manisan kek keju cengkerik.
Menurut Pertubuhan Makanan dan Agrikultur (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangga dijadikan makanan bagi 2 bilion manusia di seluruh dunia.
Selain menjadi sumber protein yang murah, hidangan serangga mungkin menjadi jawapan kepada kebimbangan berkaitan impak alam sekitar dan krisis ladang ternakan.
Di Bugs Cafe, pelancong asing yang datang sejauh dari Britain, Poland dan Malaysia sering mencuba seleksi menu yang ditawarkan, meskipun adakalanya mereka memberikan reaksi aneh.
Seorang bagpacker dari Britain, Joshua Bean, 23, yang ditemui di restoran itu berkata, dia sudah menyasarkan untuk mengunjungi Bugs Cafe sejurus terlihat iklan tentang tempat makan itu.
Dia yang tidak geli dengan rasa jus ulat sutera dan beberapa serangga lain yang disusun di pinggannya berkata: “Ini pastinya bukan sesuatu yang anda boleh dapatkan di tempat asal saya.”
Agensi
Fri Nov 29 2019
Kala jengking adalah salah satu menu popular yang dihidangkan di Bugs Cafe. - Instagram @bugs_cafe_sr
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Restoran di Kemboja ini jadi popular kerana hidangan tapas 'makhluk merayap'
Setiap kali memulakan operasi, ruang pelanggan Bugs Cafe akan dipenuhi warga tempatan dan para pelancong asing yang berani mencuba.