YALA: Replika al-Quran 'gergasi' bertulisan ayat Al-Israa yang terletak di Kampung Pak Pungoh, di sini, terus menjadi tumpuann orang ramai sejak ia tular di laman sosial pada Ramadan baru-baru ini.
Pencetus idea pembinaannya, Imam Mat Rokey Wan Kechik, 57, berkata dia sendiri tidak menyangka replika setinggi 3.6 meter dan lebar 5.2 meter itu, menjadi terkenal dan tidak putus-putus menerima kunjungan pelawat.
Beliau berkata sehingga kini lebih 100,000 orang telah berkunjung ke kampung itu dan melahirkan kekaguman mereka selepas melihat serta mengambil kesempatan bergambar di hadapan replika berkenaan.
"Ada pengunjung yang datang dari Arab Saudi, Singapura, Brunei, Indonesia dan tidak terkecuali dari Malaysia.
"Setiap hari dianggarkan 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke sini, ia masih berterusan hingga kini," katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu semalam.
Mat Rokey berkata, kos bagi membina replika itu hanya kira-kira 6,000 baht (RM789) dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan, manakala lapan hari lagi bagi menghasilkan tulisan khat ayat al-Quran itu.
Katanya kerja-kerja pembinaannya dilakukan oleh 30 pemuda kampung secara bergotong-royong iaitu pada sebelah malam selepas solat terawih.
"Sebelum ini semua kampung di kawasan ini membuat pintu gerbang sebagai tradisi menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi saya inginkan kelainan dan memberi idea untuk membina replika al Quran yang dibuat menggunakan batu, simen serta papan lapis.
"Alhamdulillah, idea ini diterima penduduk dan tidak disangka ia tular di seluruh dunia," katanya yang turut bersyukur kerana tempias pembinaan replika itu turut dirasai penduduk setempat.
Menurutnya bagi melengkapkan lagi kehadiran replika al-Quran itu, penduduk turut membina replika Gua Hira' dan Bukit Uhud sebagai mengenang pengorbanan Nabi Muhamad SAW dalam mengembangkan Islam.
Sementara itu, Penghulu Kampung Pak Pungoh, Tolib Mustofa, 59, berkata kedatangan pengunjung ke kampung itu membawa rezeki kepada penduduk yang mengambil kesempatan berniaga makanan dan minuman.
Katanya setiap hari ada sahaja pengunjung yang datang terutama dari Malaysia yang ingin merakamkan gambar kenangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023

Mat Rokey Wan Kechik (kanan) bersama Penghulu Kampung Pak Pungoh, Tolib Mustofa menunjukkan replika al Quran yang kini viral di Kampung Pak Pungoh dekat Yala, Thailand. - Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Replika al-Quran gergasi di Yala terus tarik perhatian pengunjung
Imam Mat Rokey tak sangka replika setinggi 3.6 meter dan lebar 5.2 meter itu, menjadi terkenal dan tidak putus-putus terima kunjungan pelawat.