SEORANG gadis berusia 17 tahun menikam bayi yang baharu beberapa minit dilahirkannya secara bertubi-tubi.
Remaja itu kemudian membuang mayat bayi itu ke rumah jirannya sebelum pulang dan menyambung tidur dalam kejadian dekat bandar El Paso, Texas, Amerika Syarikat.
Bayi itu ditikam sebanyak sembilan kali iaitu tiga di bahagian leher, lima di bahagian belakang dan satu di bahagian sisi, lapor Fox News.
Menurut laporan polis, suspek, Erica Gomez dikatakan telah melahirkan bayi itu di bilik mandi sebelum membalutnya dengan baju mandi.
Dia kemudian meletakkan mayat bayi itu di rumah jiran sebelum kembali ke rumahnya dan tertidur.
Dalam pada itu, ibu Gomez yang terkejut selepas menjumpai anaknya dalam keadaan berlumuran darah bergegas ke hospital sebelum doktor mengesahkan suspek keguguran.
Bagaimanapun, rahsia terbongkar apabila jirannya, Thomas Moreno menemui mayat seorang bayi lelaki dibangsalnya.
“Saya sangat kecewa dengan insiden yang berlaku kerana bayi itu tidak wajar dianiaya sebegitu,” luah Thomas.
Susulan insiden ngeri itu, pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan itu tidak masuk akal dan mendakwa gadis tersebut mengalami penyakit mental.
Ekoran kejadian itu, suspek telah ditahan pada 23 Februari sebelum dimasukkan ke penjara dengan ikat jamin AS$800,000 (RM3,144,000.00).
Agensi
Thu Mar 01 2018
Gadis berusia 17 tahun tikam bayi yang baru dilahirkannya sebanyak sembilan kali di bandar El Palso, Texas, Amerika Syarikat. - Foto Fox News
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Maritim Malaysia rekod hasil RM2.7 bilion 17 tahun penubuhan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merekodkan hasil rampasan, lelongan, kompaun dan denda berjumlah RM2.7 bilion sejak 17 tahun penubuhan agensi itu.
Remaja tikam bayi yang baru dilahirkan sembilan kali hingga mati
Seorang gadis berusia 17 tahun menikam bayi yang baru dilahirkannya sebanyak sembilan kali selepas beberapa minit melahirkan.
Pengikut fahaman neo-Nazi tembak ibu bapa teman wanita pada hari Krismas
Remaja 17 tahun itu dituduh bunuh ibu bapa teman wanitanya selepas mereka mengetahui minatnya terhadap fahaman neo-Nazi.