Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup.
Mayat Mohammed Abu Khudair, 16, yang diculik Rabu lalu di kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur ditemui rentung beberapa jam kemudian dalam hutan di pinggir bandar raya itu.
Ketegangan Israel-Palestin memuncak mendadak selepas tiga remaja Israel diculik pada 12 Jun dan kemudian ditemui mati di Tebing Barat.
Agensi berita Palestin Maan dipetik Peguam Mohammed Aluweiwi sebagai berkata maklumat awal punca kematian adalah terbakar dan komplikasinya.
Tambah Aluweiwi, Abu Khder juga mengalami luka kepala tetapi itu bukan punca kematiannya.
Polis Israel bagaimanapun berkata, motif pembunuhan Abu Khder masih belum dapat disahkan selain semua kemungkinan sedang disiasat.
Pengebumian remaja itu dihadiri beribu-ribu orang yang berkabung, selain membawa mesej kebangkitan semula perjuangan mereka.
Pada majlis pengebumian Khudair kelmarin, penduduk Palestin yang marah melaungkan ‘Intifada! Intifada!’ selain menggesa kebangkitan baru menentang Israel.
Batu dibaling ke arah polis Israel dibalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah.
Bagaimanapun, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Yitzhak Aharonovitch memberitahu, dia tidak melihat sebarang intifada di sana.
Penahanan sepupu
Jalan antara Taibe dan Tira ditutup pada hari Sabtu, manakala laluan berhampiran Qalansuwa juga ditutup untuk beberapa jam.
Polis berkata, seorang pegawai telah cedera berhampiran Arara, selain kira-kira 35 suspek Arab Israel ditangkap dalam pertempuran sejak malam Jumaat.
Dalam pada itu, seramai 25 rakyat Palestin ditangkap di timur Baitulmaqdis berhampiran pertempuran Tebing Barat.
Salah seorang daripada mereka yang ditangkap di timur Baitulmaqdis adalah Tariq Abu Khder, sepupu pemuda Palestin yang dibunuh dan warganegara Amerika pada masa bercuti.
Bercakap kepada AFP, ibu bapanya berkata Tariq telah ditangkap di Shuafat selepas dipukul oleh polis pada Khamis.
Sebuah video yang beredar di media sosial menunjukkan aksi pukul memukul dan menendang sebelum seseorang mengheretnya keluar.
Ibu bapa, yang melihat anak mereka di sebuah hospital Israel, berkata mereka diberitahu alasan Tariq ditangkap adalah kerana bertopeng.
Jurucakap polis, Luba Samri juga tidak dapat mengesahkan Tariq dalam video, tetapi berkata bahawa rakaman itu adalah penangkapan sekumpulan enam rakyat Palestin, termasuk Tariq.
Samri menjelaskan, video itu akan disiasat selain menyifatkan sudah menemui anduh yang dipakai Tariq selain individu lain yang melempar membaling batu dan molotov koktel sehingga mencederakan enam anggota polis.
Ibu bapanya menambah, Abu Khder akan hadir di hadapan mahkamah Jerusalem pada hari Ahad.
Sementara itu, militan melepaskan tembakan roket dan mortar di Israel dari Gaza pada masa Mesir berusaha ke arah misi gencatan senjata.
Sekurang-kurangnya 18 roket dan mortar dilancar pada selatan Israel pada hari Sabtu yang mencederakan sekurang-kurangnya seorang askar.
Jelas tentera, empat roket telah dipintas oleh pertahanan anti-peluru berpandu sistem pertahanan di bandar-bandar Beersheba dan Ashkelon.
Sebelum itu, pesawat perang Israel telah menyerang tiga tapak di selatan Gaza, mensasarkan kem latihan Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas, di Rafah dan Khan Younis.
AFP
Sun Jul 06 2014

Polis Israel sedang mengawal lalu lintas ketika rusuhan berlaku oleh penunjuk perasaan Palestin di bandar Ar'Ara yang terletak di utara Israel. -AFP PHOTO / JACK GUEZ
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.

Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.

Mayat ditemui rentung di tepi jalan dipercayai wanita
Polis percaya mayat tanpa identiti yang ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus dekat sini, pada Sabtu lalu adalah seorang wanita.

Lapor gangguan seksual guru, mangsa pula yang dibakar hidup-hidup
Mangsa dikepung oleh sekumpulan empat hingga lima individu yang memaksanya menarik balik laporan berkenaan.

Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri
Akibat dari permintaan isteri yang impikan sebuah kereta, seorang isteri di Indonesia dibunuh, dikerat badannya dan dibakar oleh suaminya sendiri.

Tikus dipaksa teguk wain, dibakar sampai mati kerana 'mencuri'
Seorang lelaki di China memaksa seekor tikus meneguk wain kemudian menyiramnya dengan alkohol dan dibakar kerana dipercayai 'mencuri' sekeping roti.

Kereta anggota polis hangus dipercayai dibakar
Kereta seorang anggota polis yang diletakkan di sebuah rumah kosong hangus dipercayai akibat dibakar dalam satu insiden di sini awal pagi tadi.

Wanita ditemui mati, dikerat dan dibakar
Seorang wanita dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, Pulau Pinang.

Remaja Palestin terkorban akibat dibakar
Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup.

Kereta milik pertubuhan NGO dibakar di Melaka
Siasatan mendapati terdapat sekeping kertas ditulis ugutan diletakkan di cermin depan kereta di sebelah kereta terbabit.