KETEGANGAN antara Israel dan Palestin terus meningkat di Tebing Barat semalam apabila tentera Israel menembak mati seorang remaja lelaki Palestin, manakala dua lagi cedera dalam insiden itu.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Mohammed Fayez Balhan, 15, terkorban selepas ditembak di kepala, dada serta perut oleh tentera rejim Zionis menggunakan peluru hidup.
Tentera Israel mendakwa pasukannya melancarkan operasi di Kem Aqabat Jaber, berhampiran Jericho, untuk menahan suspek pengganas.
Agensi berita WAFA melaporkan, pertempuran tercetus apabila tentera rejim itu menyerbu kem berkenaan dan mengepung beberapa rumah.
Pegawai keselamatan Palestin memberitahu, lima individu ditahan dalam serbuan terbabit.
Dalam pada itu, seorang wanita British-Israel meninggal dunia di hospital pada Isnin, akibat cedera parah dalam insiden tembakan yang meragut nyawa dua anak perempuannya berusia 16 dan 20 tahun di Tebing Barat pada Jumaat lalu.
Kereta dinaiki tiga beranak itu diserang di Lembah Jordan yang juga terletaknya Jericho.
Mereka adalah penduduk Efrat, iaitu penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.
Ketegangan semakin meruncing pada Isnin, apabila beberapa menteri Israel menyertai perarakan pendatang Yahudi dengan kawalan keselamatan ketat di Tebing Barat yang diduduki.
Mereka mendesak supaya kelulusan diberikan kepada sebuah pos luar pendatang Israel.
Keganasan terbaharu ke atas Palestin oleh Israel di Tebing Barat dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis serta penentangan semakin sengit di Gaza mengundang kecaman masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Negara Islam (OIC).
Ia turut mendorong Hezbollah dan Hamas mengadakan perbincangan seterusnya mengenai kesiapsiagaan serta kerjasama barisan pejuang lain untuk melawan Israel.
Astro Awani
Tue Apr 11 2023
Penduduk membersihkan kawasan di mana seorang remaja lelaki ditembak mati tentera Israel di Kem Aqabat Jaber. - Foto AP
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Warga emas tembak remaja kulit hitam serah diri kepada polis
Andrew Lester telah dilepaskan selepas membayar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan wang jaminan.
Remaja Palestin ditembak mati tentera Israel
Mohammed Fayez Balhan terkorban selepas ditembak di kepala, dada serta perut oleh tentera rejim Zionis menggunakan peluru hidup.