Ratusan pemandu teksi di Delhi melakukan bantahan terhadap arahan pengharaman teksi diesel, iaitu satu langkah pemerintah yang mahu meningkatkan kualiti udara di ibu negara paling tercemar di dunia itu.
Pemandu-pemandu teksi yang berang itu bertindak menghalang persimpangan utama bandar Gurgaon pada Isnin menyebabkan lalu lintas terhenti selama beberapa jam pada waktu puncak.
Sesetengah pemandu dipaksa membeli teksi baharu kerana tiada teknologi yang membolehkan mereka menukar penggunaan diesel kepada gas asli mampat (CNG) bagi kenderaan mereka.
Mahkamah Tertinggi India pada Sabtu mengarahkan teksi yang menggunakan diesel menghentikan operasi serta merta, sekali gus menolak permintaan pemandu teksi yang mahukan tempoh masa lebih lama sebelum bertukar kepada CNG.
"Saya telah menjual rumah saya untuk membeli teksi dan sekarang saya terpaksa duduk di rumah dan tidak dapat berbuat apa-apa. anda beritahu saya sekarang, bagaimana saya hendak menyara lima anggota keluarga saya," ujar seorang pemandu yang marah, Tarun Kumar.
Arahan pemerintah Delhi itu bakal memberi kesan kepada kira-kira 30,000 teksi tempatan dan juga mereka yang bekerja menawarkan perkhidmatan berasaskan aplikasi Uber dan Ola.
Dalam masa yang sama, Mahkamah Agung telah mendesak pihak berkuasa untuk mengurangkan tahap bahaya jerebu dan debu dengan rentetan larangan baru ke atas kesemua kenderaan yang menggunakan diesel yang telah memberi kesan kepada semua pengguna jalan raya.
Pada 2014, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang membuat kajian di lebih 1,600 bandar di dunia meletakkan Delhi sebagai bandar yang paling tercemar, sebahagiannya disebabkan kehadiran 10 juta kenderaan di atas jalan.
Agensi
Mon May 02 2016
Pemandu-pemandu teksi yang berang itu bertindak menghalang persimpangan utama bandar Gurgaon pada Isnin. - Foto AFP
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
50 orang ditemukan maut di Delhi dalam tempoh 48 jam, disyaki gelombang haba
Lima puluh orang miskin ditemukan mati di Delhi dalam tempoh 48 jam, dengan punca kematian disyaki gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.
Delhi kenakan perintah berkurung bendung COVID-19
Delhi akan melaksanakan perintah berkurung pada hujung minggu bagi membendung penularan COVID-19, kata kerajaan negeri pada Selasa.
COVID-19: India catat 62,480 kes baharu, 1,587 kematian dalam tempoh 24 jam
Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 29,762,793 pada Jumaat, dengan tambahan 62,480 kes baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lelaki lepas tembakan ke arah penunjuk perasaan, siar aksi secara langsung di Facebook
Dia melaungkan slogan terhadap kumpulan penunjuk perasaan, termasuk wanita berhijab, sebelum melepaskan tembakan.
Dalai Lama dimasukkan dalam hospital di India
Pemimpin berusia 83 tahun itu dilaporkan mengidap jangkitan dada dan harus menjalani rawatan untuk beberapa hari lagi.
Lelaki cemburu hayun kipas siling ke arah anak buah, tanam mayat di balkoni
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh anak buahnya sendiri selepas mensyaki mengsa mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya.
Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas
Situasi pencemaran itu tidak akan berubah dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari lagi susulan keadaan suhu udara sejuk.
Isu operasi: Penumpang MAS ke New Delhi terkandas lebih lima jam
Pesawat MAS menuju ke New Delhi yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur petang tadi tertangguh selama lebih lima jam kerana terdapat isu operasi yang berlaku kepada pesawat itu.
Biadab! Bayi 8 bulan ini dirogol sepupu sendiri
Hari ini kita dikejutkan dengan kes rogol seorang bayi perempuan 8 bulan dirogol oleh sepupu lelakinya di Delhi, India.