BANGKOK: Beratus-ratus haiwan mati dalam kebakaran yang melanda pasar Chatuchak di Bangkok awal pagi Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Haiwan seperti ular, monyet, anjing, kucing, burung dan spesies eksotik lain turut mati dalam kejadian itu.
Kawasan Chatuchak, pasar yang menjual pelbagai jenis haiwan itu turut dikenali sebagai pasar Sri Somrat, menempatkan 118 gerai dan meliputi kawasan seluas 1,400 meter persegi.
Siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran masih diteruskan pada Selasa.
Kebakaran berlaku sejurus selepas 4 pagi waktu tempatan dan api berjaya dikawal selepas kira-kira 30 minit, lapor Bangkok Post.
Pasar Chatuchak merupakan antara pasar hujung minggu terbesar di Thailand yang menarik kunjungan kira-kira 200,000 orang setiap Sabtu dan Ahad.
Pasar terbuka itu menawarkan pelbagai jenis makanan, pakaian, seni dan perkakas rumah merangkumi sekitar 15,000 gerai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
![Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718122544_TBCHATUCHAKFIRE.jpg)
Haiwan seperti ular, monyet, anjing, kucing, burung dan spesies eksotik lain turut mati dalam kejadian itu. - Reuters
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718122544_TBCHATUCHAKFIRE.jpg)
Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok
Haiwan seperti ular, monyet, anjing, kucing, burung dan spesies eksotik lain turut mati dalam kejadian itu.
![Lebih 100 kedai di Pasar Chatuchak, Bangkok musnah dalam kebakaran Lebih 100 kedai di Pasar Chatuchak, Bangkok musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41559550827_Chatuchak.jpg)
Lebih 100 kedai di Pasar Chatuchak, Bangkok musnah dalam kebakaran
Percikan api dipercayai bermula berdekatan pintu nombor satu akibat masalah elektrikal, sebelum menyambar bahan mudah terbakar lain.