Pelbagai acara dan pesta dirangka untuk orang ramai turut sama meraikan kejayaan baginda memecah rekod sebagai pemerintah paling lama bertakhta.
Baginda Ratu yang kini berusia 96 tahun bagaimanapun tidak akan turut serta dalam majlis khas meraikan ulang tahun pemerintahannya, kerana masalah keuzuran.
Baginda muncul di Istana Windsor di luar London untuk menyalakan suar Jubli Platinum utama.
Ini adalah satu daripada ribuan suar yang dinyalakan di seluruh Britain dan negara Komanwel pada petang Khamis.
Hari pertama perayaan Jubli Platinum meriah apabila berpuluh-puluh ribu penyokong diraja berbaris di jalan-jalan di London untuk perarakan tentera.
Ratu Elizabeth memegang tongkat dan memakai pakaian biru gelap disertai oleh anak lelaki dan pewarisnya Putera Charles, 73, cucu sulungnya Putera William dan Isteri Kate serta kerabat diraja yang lain di balkoni Istana Buckingham.
Baginda berada di atas takhta lebih lama daripada mana-mana pemerintah terdahulu dan merupakan raja ketiga paling lama memerintah dalam sesebuah negara berdaulat.
Tinjauan pendapat menunjukkan Ratu Elizabeth kekal popular dan dihormati dalam kalangan rakyat Britain.
Pemimpin dunia termasuk presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan bekas Perdana Menteri Britain adalah antara yang menghantar mesej muhibah.
Perayaan bermula dengan perarakan tentera yang diadakan setiap tahun untuk menandakan hari lahir rasmi permaisuri.
Perarakan melibatkan 1,500 tentera dalam berpakaian seragam istiadat merah dan topi kulit beruang.
15 jet pejuang terbang dalam formasi nombor 70.
Khamis menandakan bukan sahaja permulaan jubli, tetapi juga ulang tahun ke-69 pertabalan Elizabeth, yang menjadi ratu selepas kematian bapanya George VI pada Februari 1952.
Kerajaan mengumumkan dua cuti umum untuk menandakan sambutan itu, yang merupakan perhimpunan awam besar pertama sejak pandemik COVID-19.