NEW YORK: Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta (RM22.12 juta) dan AS$8 juta (RM35.39 juta), kata firma lelongan, Sotheby's pada Selasa.
Firma lelong itu akan melakukan lelongan rangka setinggi tiga meter dan 6.70 meter itu di New York pada 28 Julai ini.
Rangka haiwan itu ditemui di Montana, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2018 dan Sotheby's menyifatkannya sebagai salah satu dinosaur paling berharga yang pernah muncul di pasaran.
Gorgosaurus hidup di bumi kira-kira 77 juta tahun yang lalu dan haiwan dewasa itu biasanya mempunyai berat kira-kira dua tan.
Pakar paleontologi menyatakan bahawa ia lebih ganas dan lebih pantas daripada dinosaur T-Rex dengan gigitan lebih kuat.
Penjualan itu akan menandakan kali pertama Sotheby's melelong rangka dinosaur penuh sejak ia menjual Sue T-Rex pada tahun 1997 dengan harga AS$8.36 juta (RM36.99 juta).
"Semua spesimen lain Gorgosaurus yang telah ditemui berada di muzium," kata Cassandra Hatton iaitu Ketua Sains dan budaya Popular Sotheby kepada AFP.
"Ini adalah satu-satunya yang sebenarnya boleh anda beli. Jadi, ini adalah detik yang menarik, baik untuk pengumpul persendirian dan institusi," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong sehingga RM35.39 juta di New York pada 28 Julai ini. - Foto REUTERS
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Orang ramai diberi peluang teroka fosil dinosaur
Para sukarelawan menghabiskan masa berhari-hari sebelum dapat menjumpai serpihan tulang yang dipercayai daripada rangka dinosaur.
Tulang haiwan lebih awal dari dinosaur ditemui
Ahli geologi dan paleontologi mengesyaki tulang-tulang tersebut adalah daripada sejenis biawak.
Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.
Ahli geologi temui ratusan tapak kaki dinosaur
Dalam kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh dinosaur, anda boleh membaca perihal tingkah laku dan tabiat.
Penemuan baharu spesies dinosaur ada ekor pemotong unik
Dinosaur itu mempunyai sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada mana-mana haiwan.
Taman tema dinosaur bakal dibuka di Sabah
Taman tema tersebut hanya boleh dilawati apabila pengumuman mengenai kebenaran beroperasi bagi semua taman tema dibuat kerajaan.
Spesies baharu dinosaur ditemui di Mexico
Haiwan itu digelar Tlatolophus Galorum di mana ia pertama kali ditemui di wilayah General Cepeda, utara Coahuila pada 2013.
Sudah tiba masanya ganti 'dinosaur purba politik' - Penganalisis
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disifatkan antara ikon baharu yang boleh menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fosil dinosaur tidak bergigi dijumpai di Australia
Elaphrosaur, yang membawa maksud "biawak yang tangkas", dipercayai spesies yang ada kaitan dengan Tyrannosaurus Rex (T-Rex) dan Velociraptor.
Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau
Murid-murid sekolah 'dikejutkan' dengan kehadiran beberapa ekor 'dinosaur' yang menyambut kehadiran mereka.