NEW DELHI: Seorang lelaki yang dijangkiti COVID-19 di India meninggal dunia di troli hospital akibat institusi kesihatan di New Delhi yang rata-ratanya penuh.
Shayam Narayan merupakan salah seorang dari ratusan mangsa COVID-19 di negara itu yang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.
Bagaimanapun Narayan, yang mempunyai lima anak, mati tanpa dimasukkan ke hospital, atau dibawa ke bilik mayat yang bermaksud kematiannya tidak mungkin dikira secara rasmi dalam jumlah korban COVID-19 yang meningkat di bandar ini.
Ketika ini, jumlah jangkitan harian di India lebih tinggi daripada negara-negara lain di dunia iaitu sekitar jumlah 332,730.
Manakala sebanyak 2,263 kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu lebih dari 300 kes dicatatkan di New Delhi sahaja.
Hospital Guru Teg Bahadur, di timur laut ibu kota India, adalah salah satu contoh keruntuhan system kesihatan di India apabila mengalami kekurangan bekalan oksigen dan kekurangan katil pesakit.
Ramai pesakitnya mati di atas troli di luar hospital, seperti Narayan.
Bagaimanapun penguasa perubatan hospital tidak pernah memberikan reaksi mengenainya.
Menurut data rasmi, 400 hospital awam untuk rawatan COVID-19 di India juga dilaporkan penuh dan dianggarkan enam pesakit akan menunggu giliran dimasukkan ke hospital setiap jam.
Walaupun kekurangan katil, ramai pesakit tidak mempunyai banyak pilihan dan tetap datang ke hospital bagi menunggu rawatan untuk COVID-19.
Pada masa ini, data dalam talian menunjukkan hanya 22 tempat tidur ICU yang tersedia di New Delhi daripada lebih 4,500.
Astro Awani
Sat Apr 24 2021
Ahli keluarga meratapi kematian seorang lelaki yang meninggal dunia di luar perkarangan hospital ketika menunggu untuk menerima rawatan. - Foto REUTERS
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api
Kualiti udara bertambah buruk di beberapa Kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.
Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi
Menurut NDTV, mangsa berada dalam empat kenderaan yang dihempap oleh balok yang runtuh.
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
Tujuh bayi baru lahir maut dalam kebakaran di Delhi
Tujuh bayi baru lahir maut dan lima lagi cedera apabila sebuah pusat penjagaan bayi di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi terbakar.
Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India
Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024.
Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Speaker Kanada tidak akan hadir Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi
Hubungan Ottawa dan New Delhi agak dingin selepas PM Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan aktivis pemisah Sikh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.