Rakyat Nigeria keluar mengundi pada Sabtu menyaksikan lebih 93 juta pengundi berdaftar akan memilih presiden baharu dan 109 senator serta 360 ahli Dewan Rakyat.
Bernama
Sat Feb 25 2023
Rakyat Nigeria keluar mengundi pada Sabtu menyaksikan lebih 93 juta pengundi berdaftar akan memilih presiden baharu dan 109 senator serta 360 ahli Dewan Rakyat. - Foto AP
KANO/MAIDUGURI (Nigeria): Rakyat Nigeria keluar mengundi pada Sabtu menyaksikan lebih 93 juta pengundi berdaftar akan memilih presiden baharu dan 109 senator serta 360 ahli Dewan Rakyat, menurut Agensi Anadolu.
Pilihan raya umum keenam sejak peralihan daripada pemerintahan tentera pada 1999 itu bermula 8.30 pagi (0730GMT) dan berakhir pada 2.30 petang (1330GMT).
Menurut pegawai, lebih 910,000 anggota keselamatan ditugaskan di seluruh negara berikutan ancaman serangan pengganas dan keganasan politik yang berterusan.
Sebanyak 18 calon bertanding untuk menggantikan Presiden Muhammadu Buhari yang berkuasa sejak 2015, namun hanya tiga calon yang akan merebut jawatan itu - ahli politik veteran Bola Tinubu dan Atiku Abubakar serta pencabar baharu Peter Obi.
Tinubu, 70, calon daripada parti pemerintah, All Progressives Congress (APC) dan pernah berkhidmat sebagai senator dan gabenor Lagos.
Abubakar, seorang ahli perniagaan berusia 76 tahun penah menjadi naib presiden Nigeria dari 1999 hingga 2007 yang merupakan calon pembangkang dari Parti Demokratik Rakyat (PDP),.
Obi, 61, pula merupakan calon termuda dalam pertandingan tiga penjuru itu.