HAVANA: Rakyat Cuba mengundi dalam pilihan raya Parlimen bermula Ahad, dengan lebih 23,000 pusat mengundi dibuka di seluruh negara.
Majlis Pilihan Raya Negara juga menyediakan pusat mengundi di hospital, hotel, stesen bas dan tempat awam lain untuk memudahkan pengundian.
Perasmian Parlimen baharu dengan 470 kerusi akan berlangsung akhir tahun ini, lapor Xinhua.
Pilihan raya diadakan di tengah-tengah sekatan ekonomi global terhadap pulau itu.
"Rakyat Cuba mempertahankan masa depan negara, Revolusi dan sosialisme.
"Saya benar-benar yakin dengan rakyat kita," kata Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel selepas mengundi di pusat bandar Santa Clara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Rakyat Cuba mengundi dalam pilihan raya Parlimen bermula Ahad, dengan lebih 23,000 pusat mengundi dibuka di seluruh negara. -Gambar fail/Reuters
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
Rakyat Cuba mengundi dalam pilihan raya umum
Pilihan raya diadakan di tengah-tengah sekatan ekonomi global terhadap pulau itu.