Komen itu secara tidak sengaja dirakam pada satu majlis 'Garden Party' di Buckingham Palace pada Selasa.
Dalam rakaman itu, Ratu Elizabeth didakwa melahirkan bersimpati terhadap komander Lucy D'Orsi dan menyifatkan lawatan wakil China pada Oktober lalu sebagai sesuatu yang malang.
D'Orsi bersetuju dan menyifatkan perbuatan wakil China keluar meninggalkan majlis negara sebagai tidak diplomatik.
Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan sebelum ini membuat lawatan rasmi di United Kingdom pada Oktober 2015.
Sementara itu, Bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson mengelak dari mengulas lanjut mengenai komen Ratu Elizabeth dan berkata beliau menerima apa sahaja kenyataan dari ratu itu.
"Saya tidak mengetahui tentang apa yang dikatakan oleh Ratu tetapi apa yang baik mengenai menjadi seorang Ratu adalah baginda mengatasi politik dan baginda tidak perlu terlibat, pada pendapat saya," kata Johnson.
Johnson juga dikenali sebagai antara individu yang menentang penyertaan Britain dengan Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, peluang perjanjian perdagangan bebas antara Britain dengan China juga terjejas selama 43 tahun disebabkan keahlian dalam EU.
Selain China, Britain juga terlepas untuk melakukan perjanjian perdagangan dengan banyak negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.