BANGKOK: Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak istana.
Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida menjalani pemeriksaan rutin COVID-19 pada lewat malam Jumaat dan mendapati keputusan ujian adalah positif.
"Baginda berdua tidak mengalami gejala yang serius.
"Pasukan perubatan menasihatkan agar Raja dan Permaisuri berehat daripada melaksanakan tugas rasmi," menurut kenyataan itu.
Raja Vajiralongkorna dan Permaisuri Suthida melawat Puteri Bajrakitiyabha di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Jumaat.
Puteri Bajrakitiyabha, 44, gering selepas tidak sedarkan diri akibat serangan jantung dan dikejarkan ke hospital pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida menjalani pemeriksaan rutin COVID-19 pada lewat malam Jumaat dan mendapati keputusan ujian adalah positif. - Sumber foto IG Royal Thai Family
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Penerbangan antarabangsa di Damsyik kembali beroperasi
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bermula hari ini.
JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Malaysia perlu belajar cara Thailand tarik pelancong
Sasaran seramai 35.6 juta pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah jumlah realitistik yang mampu dicapai.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan biodiesel B40
Malaysia menyokong komitmen Indonesia untuk meneruskan mandat biodiesel B40 pada 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
10 Berita Pilihan - (7 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
Keadaan Puteri Thailand stabil
Puteri Bajrakitiyabha menerima rawatan untuk "jantung, paru-paru dan buah pinggang".
Raja dan Permaisuri Thailand positif COVID-19
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak istana.
Tidak berlaku rampasan kuasa di Thailand - Ketua Tentera
Tiada perampasan kuasa dijangkakan berlaku di Thailand, menurut Ketua Tentera Narongphan Jitkaewtae.
Gerakan demokrasi Thailand gesa Jerman siasat Raja Vajiralongkorn
Mereka mendakwa, tindakan oleh Raja itu boleh menjadi kesalahan kerana melanggar hak kedaulatan Jerman.
'Kami dah dewasa, boleh pilih sendiri' - Respons netizen Thai terhadap nasihat istana
Kebanyakan tweet seolah-olah menolak mesej Istana Thailand yang menunjuk kepada pembaharuan dalam landskap politik negara Gajah Putih itu.
Permaisuri Sirikit dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus influenza
Permaisuri Sirikit, 86 tahun dilaporkan dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti virus influenza.