JAKARTA: Anak perempuan presiden pertama Republik Indonesia Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri dilapor meninggal dunia pada Sabtu di usia 70 tahun.
Menurut maklumat yang diperoleh portal Kompas.com, Rachmawati meninggal dunia di Rumah Sakit Pusat Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Jakarta Pusat, pada jam 6.15 pagi waktu tempatan.
Berita kematian Allahyarham Rachmawati yang juga adik perempuan kepada Megawati Soekarnoputri disahkan Ketua Harian DPP Parti Gerindra Sufmi Dasco Ahmad.
"Ya, memang benar dia meninggal dunia," kata Dasco ringkas.
Kompas.com dalam laporannya menyebut menerima maklumat yang tular bahawa Rachmawati meninggal dunia awal pagi ini.
"Berita duka..selepas subuh..Kawan seperjuangan kita Rahmawati Sukarnoputri kembali mendahului kita semua menghadap Yang Esa.
"Maafkan segala kesalahan dan doakan semoga almarhumah husnul khotimah…amiiiiiiiin," tulis pesanan ringkas yang diterima Kompas.com.
Punca kematiannya tidak dimaklumkan setakat ini.
Astro Awani
Sat Jul 03 2021

Rachmawati Soekarnoputri dilapor meninggal dunia pada usia 70 tahun. -Bernama

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Rachmawati Soekarnoputri meninggal dunia
Rachmawati dilapor meninggal dunia di Rumah Sakit Pusat Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Jakarta Pusat, pada jam 6.15 pagi waktu tempatan.

Rachmawati Soekarnoputri antara tujuh dituduh cuba jatuhkan kerajaan Indonesia
Polis hari ini mengesahkan Rachmawati Soekarnoputri, adik bekas presiden Megawati Soekarnoputri, antara tujuh individu ditahan kerana mempunyai pakatan menjatuhkan kerajaan.

Mahathir terima anugerah 'The Star of Soekarno'
Anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.