DOHA: Kementerian Kesihatan Awam Qatar mengumumkan penarikan baki sekatan terakhir yang diperkenalkan di tengah-tengah pandemik COVID-19 termasuk pemakaian pelitup muka di kemudahan perubatan.
"Pekerja organisasi perkhidmatan pelanggan tidak lagi perlu memakai pelitup muka semasa bertugas. Orang ramai juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka apabila memasuki hospital, pusat kesihatan dan kemudahan penjagaan kesihatan lain," menurut kementerian itu di Twitter, lapor Sputnik.
Kementerian itu mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan melawat pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan, seperti demam panas atau batuk di hospital.
Sepanjang pandemik, Qatar memperkenalkan beberapa langkah sekatan yang paling tegas dan pembelajaran jarak jauh diamalkan di sekolah sehingga permulaan tahun akademik semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Orang ramai kini tidak diwajibkan memakai pelitup muka apabila memasuki hospital, pusat kesihatan dan kemudahan penjagaan kesihatan lain. - Gambar hiasan

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.

Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.

Qatar gesa rundingan segera fasa kedua gencatan senjata Gaza
Qatar menggesa Israel dan Hamas untuk segera memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia bincang perdagangan, pelaburan dengan Qatar Chamber
Awang Bemee memuji kepimpinan ekonomi Qatar dan persekitaran mesra pelaburan, serta kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022.

Penduduk dibenarkan kembali ke utara Gaza pada Isnin hasil perantaraan Qatar
Mulai pagi Isnin, pihak berkuasa Israel akan benarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza untuk kembali dari kawasan selatan.

Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.

'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.

Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.