Putera William puji Sweden, kanak-kanak negara itu banyak beriadah walaupun musim sejuk

Agensi
Februari 1, 2018 22:59 MYT
Beliau dan isteri, Kate Middleton meluangkan masa dua hari di Sweden, di mana pasangan Diraja itu dibawa bertemu rakyat Sweden dari pelbagai lapisan.
Putera Diraja Britain, Putera William memuji langkah Sweden memanfaatkan banyak aktiviti luar kepada kanak-kanak.
Beliau dan isteri, Kate Middleton meluangkan masa dua hari di Sweden, dimana pasangan Diraja itu dibawa bertemu rakyat Sweden dari pelbagai lapisan.
“Dalam masa dua hari, saya dan Kate sangat kagum dengan keunikan gaya hidup orang-orang Sweden.
"Warganya sukakan aktiviti luar, yang mana mereka sangat menghargai alam dan persekitaran serta komited untuk memastikan generasi masa hadapan melakukan perkara yang sama.
“Hakikatnya mereka berbuat demikian pada bila-bila masa, walaupun pada musim sejuk. Satu nilai hidup yang patut kita contohi, iaitu menggalakkan anak-anak meluangkan masa banyak dengan aktiviti riadah luar,” katanya dalam ucapan di hari terakhirnya di sana.
Pasangan Diraja itu juga dibawa melawat institut perubatan, bertemu ahli akademik bagi membincangkan pendekatan Sweden dalam menguruskan cabaran kesihatan mental.
Putera William dan Kate akan terus ke Norway untuk lawatan dua hari.
#beriadah #Bersenam #kana-kanak #Kate Middleton #kesihatan #masalah mental #Putera William #senaman #sihat #Sweden
;