Putera George memulakan hari pertama persekolahan namun tidak diiringi ibunya yang mengalami mabuk kehamilan teruk.

George ditemani Putera William di Sekolah Thomas Battersea, selatan London.

Putera berusia 4 tahun itu dilihat memakai pakaian seragam sekolah dengan seluar pendek serta kasut hitam.

Anak sulung pasangan diraja William dan Kate itu merupakan pelajar termuda dalam kelasnya.

Antara subjek yang akan dipelajari termasuk balet, lukisan, drama, bahasa Perancis dan muzik.