PUTERA Andrew dilaporkan naik berang dengan tukang kebun di Istana Windsor, hanya beberapa hari selepas dia menerima saman sivil kerana serangan seksual.
Anak lelaki kedua Ratu Elizabeth itu dikatakan 'menjerit' selepas tukang kebun wanita itu tersalah potong beberapa batang anak pokok.
Sumber dalaman istana berkata, tindakan tersebut agak keterlaluan kerana ia bukan kesilapan besar.
Sumber itu juga mendedahkan Andrew semakin kerap naik angin kebelakangan ini dan ramai petugas menjadi mangsanya.
"Andrew berada di bawah tekanan tetapi ia bukan alasan untuk memarahi kakitangan yang menjalankan tugas mereka," kata sumber itu seperti dipetik Daily Mail.
Tukang kebun tersebut merupakan sebahagian daripada pasukan yang baru diambil bekerja pada Oktober.
Saman sivil itu diserahkan kepada Andrew oleh Virginia Giuffre, mangsa pemerdagangan Jeffrey Epstein dan Ghislaine Maxwell, yang juga rakan Andrew.
Giuffre, 38, menuduh Duke of York itu melakukan serangan seksual terhadap dirinya ketika dia berusia 17 tahun.
Wanita itu mendakwa bahawa dia diserahkan kepada putera berkenaan oleh Jeffrey Epstein.
Agensi
Sun Jan 30 2022

Andrew semakin kerap naik angin kebelakangan ini dan ramai petugas istana menjadi mangsanya. - Gambar REUTERS
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Putera Andew bayar semula wang dipertikaikan dalam kes mahkamah
Difahamkan bahawa 750,000 pound telah dibayar balik oleh putera raja itu kepada Isbilen.

Putera Andrew naik angin, petugas istana jadi mangsa
Andrew semakin kerap naik angin kebelakangan ini dan ramai petugas istana menjadi mangsanya.

Putera Andrew minta dibicarakan oleh juri kes penderaan seksual
Putera Andrew minta perbicaraan oleh juri bagi membersihkan namanya daripada dakwaan penderaan seksual, berdasarkan satu dokumen undang-undang.

Ratu Elizabeth ll lucut gelaran ketenteraan Putera Andrew
Duke Of York itu didakwa melakukan penderaan seksual terhadap seorang gadis remaja warga Amerika Syarikat.