Pusingan pertama dialog perdamaian yang berlangsung di Kaherah pada Selasa antara pemimpin pergerakan Hamas dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas mewakili Parti Fatah adalah "positif," lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kenyataan rasmi.
Kenyataan itu, yang diedar melalui e-mel, dikeluarkan 10 jam selepas dialog tersebut berlangsung "dalam suasana positif" di Ibu Pejabat Perisikan Keselamatan Mesir.
"Kedua-dua pihak, Fatah dan Hamas, mengadakan sesi pertama dialog nasional Palestin dalam usaha untuk menamatkan perpecahan dalaman dan mencapai perpaduan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pemimpin kedua-dua pergerakan pada akhir sesi itu.
Kenyataan itu juga menyebut dialog tersebut ditaja sepenuhnya oleh Mesir dan telah menangani secara mendalam beberapa isu perdamaian bagi menamatkan penderitaan penduduk Gaza.
Pemimpin kedua-dua pihak tiba di Kaherah pada malam Isnin untuk mengadakan dialog yang komprehensif bagi mencapai satu mekanisme untuk melaksanakan persefahaman perdamaian terdahulu yang telah dicapai beberapa tahun lepas.
Mereka berkunjung ke Kaherah atas jemputan rasmi Mesir bagi mengadakan satu dialog yang komprehensif ke arah menamatkan perpecahan dalaman lebih 10 tahun antara kedua-dua pihak.
Dialog di Kaherah itu dilancar selepas pergerakan Hamas mengumumkan pembubaran jawatankuasa pentadbiran kontroversial yang memerintah Gaza pada September.
Selepas membubarkan jawatankuasa itu, minggu lepas Abbas mengarahkan agar Rami Hamdallah, Perdana Menteri kerajaan konsensus Palestin dan kabinetnya serta ketua pasukan keselamatan Palestin ke Gaza untuk menyerahkan pentadbiran Gaza.
Terdahulu pada Selasa, sumber Palestin yang rapat dengan dialog itu berkata dialog di Kaherah akan berlangsung sehingga Khamis, sambil menambah bahawa pemimpin kedua-dua pihak akan mengadakan sidang media berhubung apa yang telah mereka capai.
Sumber itu berkata selepas ini mereka akan kembali ke wilayah Palestin dan menunggu satu lagi jemputan dari Mesir untuk mengadakan dialog yang lebih luas dan membabitkan pemimpin puak Palestin serta kuasa politik lain.
Sementara itu, pejabat ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata beliau menerima panggilan telefon daripada pemimpin delegasi Hamas ke dialog tersebut iaitu Saleh Arouri, yang memaklumkan dialog itu "setakat ini adalah postif."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
![Pusingan pertama dialog perdamaian Palestin di Kaherah positif Pusingan pertama dialog perdamaian Palestin di Kaherah positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507685048_TBPalestine.jpg)
Rami Hamdallah (kiri) bersalaman dengan Ismail Haniyeh di Gaza, 2 Okt, 2017. REUTERS / Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pusingan pertama dialog perdamaian Palestin di Kaherah positif Pusingan pertama dialog perdamaian Palestin di Kaherah positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507685048_TBPalestine.jpg)
Pusingan pertama dialog perdamaian Palestin di Kaherah positif
Kenyataan itu, yang diedar melalui e-mel, dikeluarkan 10 jam selepas dialog tersebut berlangsung "dalam suasana positif" di Ibu Pejabat Perisikan Keselamatan Mesir.