STUTTGART: Puluhan individu dilaporkan cedera termasuk 26 anggota polis di selatan Stuttgart, Jerman, dalam insiden rusuhan ketika sebuah festival budaya Eritrea diadakan di bandar tersebut pada petang Sabtu.
Media tempatan melaporkan kira-kira 200 orang perusuh berkumpul di kawasan luar festival sebelum menyerang pengunjung dan pihak polis, sebaik sahaja festival bermula.
Festival kebudayaan itu bertukar tragedi apabila lemparan batu dan botol menghujani kawasan festival sehingga menimbulkan kekecohan.
Protes tersebut merupakan siri protes terbaharu sewaktu festival kebudayaan Eritrea diadakan di Jerman.
Pada Julai lalu, rusuhan sama berlaku di sebuah festival Eritrea di bandar Giessen, Jerman Barat, mengakibatkan 22 anggota polis cedera.
Memetik laporan APNews, beberapa siri protes tersebut mempunyai hubung kait dengan penolakan migran dari Afrika ke Jerman.
Difahamkan puluhan ribu migran dari Eritrea melarikan diri ke Eropah kerana ramai mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan Eritrea yang dipimpin oleh Isaias Afwerki.
Astro Awani
Sun Sep 17 2023
Seorang anggota polis mengawal kawasan di mana tercetus rusuhan susulan festival kebudayaan di Stuttgart, Jerman. - Foto AP
Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.
AWANI Ringkas: Faisal Halim terfikir berhenti main bola sepak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Saya tak pernah sombong dengan semua orang’- Faisal Halim
Penyerang pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim mendedahkan dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak.
Pengurusan kos, penggunaan teknologi efektif bantu kemampanan pelancongan tempatan
Dengan strategi pengurusan kos dan penggunaan teknologi yang berkesan, industri pelancongan dapat mengurangkan kesan kenaikan harga diesel tanpa membebankan pelancong. Contohnya, syarikat pengangkutan boleh memperkenalkan surcaj bahan api sementara dan hotel boleh melaksanakan sistem pengurusan tenaga mesra alam.
MAVCOM dibubar, diserap masuk CAAM - Anthony
Menteri Pengangkutan memaklumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubarkan dan akan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Maqis Selangor sita serbuk protein whey dari Belanda
Rampasan dagangan itu melibatkan sebuah kontena susulan pemeriksaan fizikal yang dilakukan pihaknya di sebuah gudang sekitar 3 petang.
Seksyen 26 Akta Keterangan untuk sahkan pendedahan
Polis menjelaskan penggunaan Seksyen 26(1) Akta Keterangan untuk merekodkan pengakuan ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf di hadapan majistret pada Rabu adalah selari dengan peruntukan undang-undang.
Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis
Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Rabu.
"Saya hanya mahu pulang, adik Zayn Rayyan kini susut" - Datuk
Datuk dan nenek sebelah bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan dengan jaminan polis tepat jam 2.30 petang, pada Khamis.
Sidang media perkembangan Faisal Halim
Ikuti langsung sidang media Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar berhubung perkembangan Faisal Halim di Selangor FC Training Centre.
Puluhan cedera termasuk 26 anggota polis rusuhan di festival budaya Eritrea
Kira-kira 200 orang perusuh berkumpul di kawasan luar festival sebelum menyerang pengunjung dan pihak polis.