Pembunuhan seorang warga Amerika oleh suku orang asli terancam di kepulauan Andaman, pantai timur India, telah memperbaharui kebimbangan mengenai amalan 'pelancongan asli' di kepulauan itu.
‘Pelancongan asli’ atau ‘tribal tourism’ adalah satu fenomena di mana pelancong melawat orang asli dengan tujuan untuk melihat dan mempelajari tingkah laku komuniti ini bagi tujuan hiburan, dan bukannya untuk tujuan penyelidikan atau pemuliharaan.
Namun demikian, pelbagai pihak telah melemparkan kritikan terhadap fenomena ‘pelancongan asli’ ini, antaranya adalah, ia memudaratkan cara hidup orang asli ini.
Puak Sentinel Utara Andaman adalah antara manusia terakhir yang 'terputus hubungan' dari dunia luar. Mereka tinggal di kepulauan Andaman di timur India dan dikawal selia oleh kerajaan India.
Andaman merupakan tempat tinggal lima puak terancam di dunia, iaitu Jarawas, Utara Sentinel, Great Andamanese, Onge dan Shompen. Jarawas dan Sentinel Utara belum lagi disepadukan dengan manusia luar.
Perkara ini dikeruhkan lagi kerana puak orang asli yang ‘terputus hubungan’ dengan dunia luar kebiasaanya bertindak agresif kepada orang luar, sehingga menggunakan anak panah, lembing dan senjata lain untuk menghalau orang luar dari melawat mereka.
“Tingkah laku agresif ini, atau xenophonia, yang ditunjukkan oleh puak ‘terputus hubungan’ bukanlah dianggap luar biasa.
"Ini kerana, apabila sesebuah puak terputus hubungan dengan dunia luar, mereka menganggap orang luar sebagai satu ancaman kepada mereka," kata Dr Mastura Rosly, pegawai perubatan di Hospital Selayang.
“Mereka adalah antara manusia pertama yang meninggalkan Afrika pada 60,000 tahun dahulu dan telah menetap di kepulauan Andaman sejak waktu itu.
"Ini bermakna, mereka tidak membina imuniti terhadap penyakit-penyakit dan wabak yang manusia lain telah ada selama ini,” tambahnya lagi.
Menurut laporan banci India, populasi puak asli ini sekitar 50,000 orang dan mereka mempunyai DNA asli orang asal Afrika yang tidak terputus sejak 60,000 tahun yang lampau.
“Bagi kita, sakit biasa seperti flu adalah perkara biasa. Ini disebabkan imuniti yang telah terbina dalam badan kita selama beribu-ribu tahun.
"Tetapi bagi puak yang ‘terputus hubungan’ ini, penyakit seperti flu biasa mampu membunuh mereka kerana mereka tidak membina imuniti ini,” kata Dr Mastura.
Kerajaan India telah mengeluarkan kenyataan yang kepulauan Andaman dan sekitarnya tidak boleh dilawat oleh orang luar, bagi tujuan pelancongan dan hiburan.
Sebarang bentuk hubungan di kawasan ini memerlukan permit lawatan khas.
Menurut laporan, tujuan kawalan ketat oleh kerajaan India adalah untuk memelihara kewujudan puak Andaman ini.
“Jumlah populasi yang sedikit, hanya 50,000 orang, mudah terlupus sekiranya mereka tidak terjaga,” kata Agrawal Sidhu, wakil dari Jabatan Perhutanan ketika dihubungi media antarabangsa.
“Mereka mempunyai DNA yang tidak berubah dengan manusia yang tinggal di Afrika berpuluh ribu tahun sebelum ini.
"Maka adalah penting untuk kita mempelajari mereka dari jauh dan memahami falsafah evolusi pembentukan manusia, melalui pemerhatian puak-puak asal ini,” kata Agrawal lagi.
Dr Mastura berpendapat, populasi terancam ini amat berisiko tinggi jika orang luar melawat mereka, sama ada melalui ‘pelancongan asli’ mahupun melalui lawatan berbentuk penyelidikan.
“Bayangkan sebuah populasi sebesar 50,000 orang, yang pada hakikinya sudah dianggap ‘terancam’ kerana mereka adalah kelompok orang asli ‘yang terasli’ sekali, sakit atau meninggal dunia kerana mereka menghidap penyakit yang dibawa oleh ‘pelancong asli’ dari dunia luar,” ujar Dr Mastura.
“Segala bentuk hubungan dengan mereka boleh membawa padah sekiranya tidak terkawal,” katanya lagi.
Perhatian Baharu
Isu ‘pelancongan asli’ ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila puak orang asli Andaman membunuh seorang warganegara Amerika dengan anak panah baru-baru ini.
Minggu lepas, puak Sentinal Utara Andaman telah membunuh John Allen Chau, 27 tahun, ketika mendiang melawat pulau mereka minggu lalu. Laporan polis mengatakan bahawa Chau ingin berdakwa agama Kristian kepada puak orang asli ini.
Polis berkata Chau telah membayar RM1,500 (25,000 rupee) kepada enam nelayan tempatan untuk membawanya ke Sentinal Utara di kepulauan Andaman. Laporan media melaporkan bahawa mendiang ingin berdakwah agama Kristian kepada penduduk kepulauan itu.
Walaupun tujuan Chau pergi ke Andaman bukan berbentuk ‘pelancongan asli’, tetapi ia tetap menggariskan pentingnya untuk kerajaan India dan orang awam serata dunia untuk lebih memahami isu ‘pelancongan asli’ ini.
Andaman kini adalah sebuah daya tarikan 'pelancongan asli'. Tahun lepas, lebih 500,000 pelancong melawat kepulauan itu untuk melihat orang asli 'terputus hubungan' ini.
Awal tahun ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri negara India telah meluluskan notis pengecualian warga asing dari mendapatkan permit kawasan terhad (RAP) untuk melawat 29 pulau di kawasan Andaman.
Senarai itu termasuk sembilan pulau di Nicobar dan dua di Andaman, yang didiami oleh masyarakat suku dan pribumi dianggap 'sangat terancam'.
Antaranya juga pulau Sentinel Utara. Tetapi pihak berkuasa menegaskan pelancong masih perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa daerah dan jabatan hutan untuk berbuat demikian.
Namun demikian terdapat ramai pelancong yang cuba mendapat akses ke kepulauan ini dengan membayar warga tempatan seperti nelayan untuk membawa mereka ke tempat itu.
Isu ‘pelancongan asli’ ini harus mendapat fokus yang sewajarnya, jika kita ingin menjaga kepentingan puak-puak terancam di dunia, yang kini hanya berpopulasi seramai 50,000 orang sahaja.
Ibrahim Sani
Sat Nov 24 2018

Isu 'pelancongan asli' sekali lagi menjadi tumpuan apabila puak orang asli Andaman membunuh seorang warganegara Amerika dengan anak panah baru-baru ini. Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Puak Andaman: Manusia terakhir terputus hubungan dengan dunia luar
'Pelancongan asli' adalah satu fenomena di mana pelancong melawat orang asli dengan tujuan untuk melihat dan mempelajari tingkah laku komuniti ini bagi tujuan hiburan.