Buat kali pertama dalam sejarah sejak 70 tahun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses pemilihan Setiausaha Agung Tetapnya secara terbuka.
Calon-calon yang bersaing perlu menjawab persoalan yang dikemukakan wakil kerajaan-kerajaan dunia dalam sesi pendengaran yang bermula pada Selasa.
Sesi pendengaran berlangsung selama tiga hari di ibu pejabat PBB di New York.
Kesemua lapan calon yang bakal menggantikan Ban Ki Moon perlu menjawab persoalan berkaitan pelbagai masalah dunia di hadapan duta besar 193 negara anggota.
Antaranya persoalan dari perubahan iklim hingga bagaimana mewujudkan perdamaian di Timur Tengah.
Pada masa sama calon-calon diberi peluang untuk memberikan visi dan misi mereka sekiranya terpilih menjadi Setiausaha Agung PBB.
Secara tradisinya, jawatan itu pernah disandang wakil dari Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah.
Wakil dari blok Eropah Timur termasuk Rusia menyatakan jawatan itu perlu diserahkan kepada mereka kali ini.
Sekumpulan 56 negara juga berkempen supaya calon wanita dipilih untuk jawatan itu.
Bagaimanapun proses pendengaran itu tidak akan menjadi penentu tunggal kerana lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, United Kingdom dan Perancis masih memegang hak veto.
Antara calon-calon ialah Ketua UNESCO Irina Bokova dari Bulgaria, bekas Perdana Menteri New Zealand yang juga Ketua Program Pembangunan P-B-B Helen Clark dan bekas Pesuruhjaya Tinggi bagi orang pelarian Antonio Guterres dari Portugal.
Calon-calon lain ialah bekas Menteri Luar Macedonia Srgjan Kerim, bekas Menteri Luar Croatia Vesna Pucic dan bekas Presiden Slovenia Danilo Turk.
Sementara itu di Belgrade, bekas Menteri Luar Serbia dan Presiden Perhimpunan Agung PBB Vuk Jeremic memberitahu kerajaan negara itu akan mengundi beliau.
Agensi
Wed Apr 13 2016
Calon yang bersaing perlu menjawab persoalan yang dikemukakan wakil kerajaan dunia dalam sesi pendengaran di PBB (gambar) bermula Selasa. -AFP
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Ban Ki-moon diundi calon kedua terbaik sebagai Presiden Korea Selatan
Keputusan tersebut dikeluarkan pada Jumaat (13 Januari) dengan 11 peratus dibelakang bekas ketua pembangkang Moon Jae-In yang mendahului undi Gallup Korea pada 31 peratus.