MOSCOW: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu menolak sebarang rundingan damai dengan Rusia, lapor Agensi Anadolu.
"Tiada dan tidak akan berlaku perkara sedemikian," kata Zelenskyy dalam sidang media di Kyiv selepas mesyuarat dengan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen.
Zelenskyy menafikan laporan bahawa negara-negara Barat mendesaknya untuk memulakan rundingan dengan Rusia.
"Tiada siapa yang mendesak saya sekarang ini. Semua itu berlaku pada awal peperangan dan sebelum peperangan yang bermula pada Februari 2022," katanya.
Mengulas mengenai temubual dengan Ketua Komander Ukraine, Valerii Zaluzhnyi yang menganggap situasi di barisan hadapan sebagai "buntu," Zelenskyy berkata Kyiv telah berdepan keadaan yang jauh lebih sukar terutamanya pada awal konflik.
Masalah utama pada masa ini adalah penguasaan ruang udara oleh Rusia, dan penyelesaiannya adalah perolehan pesawat pejuang F-16, katanya.
"Sudah ada keputusan (mengenai penghantaran F-16). Ia menunggu latihan juruterbang Ukraine," katanya.
Zelenskyy juga mengakui konflik di Asia Barat telah mengalihkan perhatian dari Ukraine, seperti "dapat dilihat daripada hasil" perbincangan dengan pegawai EU dan beliau berharap konflik itu akan berakhir tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Zelenskyy menafikan laporan bahawa negara-negara Barat mendesaknya untuk memulakan rundingan dengan Rusia. - Gambar fail/AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Presiden Zelenskyy tolak rundingan damai dengan Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu menolak sebarang rundingan damai dengan Rusia.

Zelensky umum pakatan untuk tingkatkan industri senjata Ukraine
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan pada Sabtu penubuhan Perikatan Industri Pertahanan untuk meningkatkan pengeluar senjata di negara itu.

Presiden Ukraine, Ketua NATO bincang kerjasama, pulih hubungan
Kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan, termasuk situasi di medan perang di Ukraine dan keperluan tentera Ukraine.

Presiden Ukraine pecat Menteri Pertahanan
Alasan pemecatan Oleksii Reznikov ialah kementerian tersebut memerlukan "pendekatan baharu" dalam berhadapan perang dengan Rusia.

Rumah Putih enggan ulas mengenai laporan Ukraine gagalkan plot cubaan bunuh Zelensky
Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre enggan mengulas mengenai laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky, lapor Sputnik.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy terlibat nahas jalan raya di Kyiv
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya di Kyiv pada Khamis, tetapi tidak mengalami kecederaan serius.

Negara sedang berperang, isteri Presiden Ukraine Olena Zelenska jadi 'cover' majalah Vogue
Nama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan isterinya Olena Zelenska sedang menjadi perbualan dunia.

Presiden Ukraine Zelenskyy muncul di Anugerah Grammy menerusi rakaman video
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad muncul dalam sebuah rakaman video di Anugerah Grammy ke-64.

Banjir terburuk sejak 2008, Ukraine mohon bantuan EU, NATO
EU dan NATO diharap akan membantu melindungi infrastruktur kritikal dan membantu mengurangkan kerosakan ekonomi dari banjir.